Buletin

BEETLE DITAMATKAN PRODUKSI 2018?

Generasi ketiga Volkswagen Beetle diperkenalkan pada 2011. Khabarnya, Volkswagen tidak merancang untuk menyimpan lama model ikonik itu di pasaran.

VW-Beetle-Club-mekanika-4

Sean McElroy dari  Autoline Network menyatakan bahawa Volkswagen mungkin akan menamatkan produksi Beetle menjelang hujung tahun 2018.  Langkah tidak meneruskan pengeluaran Beetle generasi keempat itu dibuat berikutan  permintaan yang kian merudum.

Tambahan pula, segmen crossover kini sedang mendominasi pasaran. Justeru, pengeluar kenderaan Jerman itu ingin memberi fokus pada segmen tersebut.

VW-Beetle-Bug-mekanika (5)

Pada tahun 2013, sebanyak lebih 150,000 unit Beetle dikeluarkan. Produksi tahunan Beetle bagaimanapun merudum kepada 64,000 unit pada 2015. Perbezaan sekitar 41 peratus.

McElroy menyatakan kapasiti tambahan pengeluaran Beetle  di kemudahan Puebla akan digunakan untuk menghasilkan Tiguan bermula lewat 2016 ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button