Motosikal

T120 & THRUXTON R BERLABUH DI MALAYSIA

Selepas memperkenalkan Street Twin ke pasaran tempatan, Fast Bikes Sdn Bhd kini menambah pilihan produk buat peminat Triumph.

Triumph-truxton-r-mekanika (1)

Bagi peminat model baharu Triumph 1,200cc, anda tidak perlu menunggu lama kerana model berkenaan sudah berada di pasaran. Pengedar rasmi Motosikal Triumph di Malaysia itu rasmi memperkenalkan  barisan model Triumph Bonneville 2016.

Tiga model tersebut ialah Triumph Bonneville T120,  Bonneville T120 Black dan Thruxton R.

Triumph-truxton-r-mekanika (6)

Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes Sdn Bhd, Datuk Razak Al-Malique Hussain berkata  edisi terkini Triumph 1,200 cc itu tiba pada masa yang tepat seiring dengan pertumbuhan minat dan permintaan motosikal klasik  moden.

“Dari segi perspektif penunggang, mereka mahukan jentera yang cantik dengan watak sebenar bersama nilai-nilai tradisional yang digabungkan dengan tahap penghalusan dan keupayaan moden,” katanya.

Triumph-truxton-r-mekanika (4)

Setiap model 1,200cc itu didatangkan dengan rekaan casis dan enjin yang berbeza. Tiada satu pun model yang berkongsi komponen dengan sistem penyejukan udara Bonneville sebelum ini.

Razak berkata T120 Black sama seperti T120. Tetapi dengan perincian dan penggayaan berbeza.

Triumph-truxton-r-mekanika (14)

“Model yang sudah sekian lama dinantikan Thruxton R (versi tertinggi Thruxton) menampilkan brek kaliper monoblok Brembo, fork Showa, suspensi belakang Ohlins dan tayar Rosso Corsa,” katanya.

Rekaan yang tidak lapuk dan karakter ikonik model asli 1959 itu dilahirkan semula dengan penuh gaya menerusi Bonneville T120 dan Bonneville T120 Black.

Triumph- T120- mekanika (3)

Kedua-dua model ditempa dengan perincian standard tinggi dan kemasan terakhir berkualiti. Dikuasakan enjin bersesaran 1,200cc, T120 mampu menjana tork setinggi 105Nm pada putaran enjin serendah 3,100rpm. 54 peratus lebih tinggi berbanding generasi T100 sebelumnya.

Thruxton R pula menghasilkan kuasa  yang tiada tandingan. Padanan kuasa, brek, pretasi dan pengendalian menghidupkan aura legendanya.

Triumph- T120- mekanika (10)

Enjin Thruxton R menghasilkan kuasa 98hp dan tork setinggi 112Nm @ 4,950 rpm. Peningkatan 62 peratus lebih tinggi berbanding Thruxton terdahulu.

Model berkenaan didatangkan dengan keupayaan moden termasuk respons pendikit pantas  menerusi sistem pancitan terus ride-by-wire dan sistem penyejukan cecair yang menawarkan kecekapan bahan api. Sebagai tambahan, model 1,200cc itu juga menampilkan mod tunggangan untuk lebih responsif dan kawalan yang telah dipertingkatkan.

Triumph- T120- mekanika (8)

Bonneville T120 didatangkan dengan pilihan warna hitam, merah,  merah dan perak atau hitam dan putih. Sementara  Bonneville T120 Black tentunya ditawarkan dalam warna hitam atau  Matt Graphite. Tidak ketinggalan perincian gayaan eksklusif termasuk pelana berwarna coklat, rim hitam,  grab rail dan ekzos.

Harga jualan Bonneville T120 dan  T120 Black ialah RM79,900 (tanpa insurans).

Triumph- T120- mekanika (11)

Thruxton R pula dijual pada harga RM91,900 (tidak termasuk insurans) dengan pilihan warna merah dan perak. Model itu dilengkapi pakej gayaan penutup tangki minyak gaya Monza, ekzos up-swept dan bar cermin sisi  aluminium.

Model itu juga didatangkan dengan suspensi dan brek spesifikasi tertinggi,  yoke atas digilap,  tangki minyak dan swing-arm aluminium.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button