Buletin

KERETA DIPANDU LAJU REMPUH TESLA X KETIKA BERHENTI. MELAYANG BAI!!!

Sebuah kereta dipandu laju secara tiba-tiba merempuh di bahagian kiri Tesla X yang sedang berhenti di persimpangan jalan.

Dalam rakaman video itu, jentera Tesla X melayang akibat hentakan kuat kenderaan berwarna putih yang dipandu terlalu laju. Kereta berwarna putih itu turut berpusing di udara sebelum jatuh ke jalan raya.

Menurut laporan, pemandu kereta berwarna putih menyelamatkan diri melalui cermin hadapan yang pecah dan cedera ringan di bahagian kepala.

Wanita yang memandu Tesla X berwarna biru pula, menunggu ketibaan paramedik di dalam kereta malah tidak diketahui kecederaan dialaminya dalam insiden terbabit.

Melalui video itu, paramedik telah memberi bantuan kepada wanita itu dan dia mampu berdiri seperti biasa.

Jentera Tesla merupakan antara kenderaan yang selamat apabila berada di jalan raya dan video ini membuktikan model Tesla X dapat bertahan menerima hentakan kuat. – agensi

Google ads
Back to top button