Buletin

BEKAS PEREKA BMW HENTAM REKAAN XM CONCEPT – “REKAAN SISI PALING MENGARUT!”

Frank Stephenson – bekas pereka BMW yang bertanggungjawab terhadap rekaan model SUV BMW X5 nampaknya tidak senang duduk melihat rekaan XM Concept muncul di alam maya.

Menerusi saluran Youtube-nya, Stephenson mengkritik rekaan SUV XM Concept terutama rekaan bahagian sisi yang disifatkannya paling mengarut.

Menurut beliau, “rekaan sisi XM Concept ini berkemungkinan besar merupakan rekaan sisi kenderaan yang paling mengarut pernah saya lihat. Dan ia memang yang paling mengarut di dalam 100 tahun rekaan automotif.

Namun, tidak semua aspek mendapat pandangan negatif, di mana Stephenson turut memuji beberapa perkara seperti contoh rekaan hud ‘mini-clamshell’ serta rekaan garis hitam di bahagian sisi.

“Saya sebenarnya tidak suka rekaan (garis hitam) ini, namun rekaan ini merupakan satu cara untuk menguruskan rekaan bahagian pemegang pintu, sekaligus mengelakkan kekusutan rekaan pada bahagian sisi kenderaan.

Frank Stephenson turut mengutarakan beberapa teori kenapa BMW memperkenalkan rekaan yang sebegitu rupa.

Dalam teori pertama “New Coke Theory” beliau berpendapat BMW sengaja menghasilkan kereta yang buruk supaya mereka boleh menghasilkan kembali kereta konvensional yang mampu menarik perhatian, sama seperti Coca-Cola mendedahkan ‘Coke Classic’ suatu ketika dahulu.

Teori kedua beliau adalah ‘kematian rekaan moden’, di mana beliau mendakwa BMW sengaja memperbesarkan tren rekaan buruk pada rekaan kenderaan untuk membuktikan poin yang lebih besar.

Atau secara alternatifnya, beliau menyifatkan BMW “telah kehilangan akal”.

Namun begitu, Frank van Meel (ketua divisyen BMW M) dan Demagoj Dukec (ketua rekaan BMW) menyifatkan XM Concept mempunyai penampilan yang kuat, besar serta monolitik yang diinspirasikan daripada model asal M1.

Google ads
Back to top button