Artikel Pilihan

GOLF R 2022 4 MOTION AWD, TAPI BOLEH DRIFT MACAM PRO

Volkswagen Golf varian R 2022 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan dihasilkan dengan enjin yang lebih berkuasa tapi beberapa teknik rahsia dalam memberikan kawalan jitu kenderaan kepada pemandua. Enjin 2000cc turbo ini bakal menghasilkan 315 kuasa kuda dan 400Nm tork.

Bagi memastikan semua kuasa sampai ke permukaan jalan dengan sempurna, jurutera Volkswagen telah memberikan sistem AWD 4 Motion terbaru kepada Golf R dengan tayar belakang dilengkapi dengan teknologi torque vectoring. Kelebihan ini memberikan kawalan pemanduan yang ditambahbaik kepada Golf R berbanding versi lama

Menurut Jan Schiedek-Jacht, Ketua Pembangunan Teknikal Golf R “ia akan menukar Golf R menjadi lebih dinamik kepada pemandu serta pemanduan yang lebih intuitif terutama di jalan yang berselekoh atau di litar lumba dengan meminimakan understeer semaksimum mungkin”.

Bagi sistem AWD 4 motion generasi sebelumnya, sistem akan menghantar sehingga 50% tork daripada enjin kepada gandar belakang. Daripada gandar ini, kuasa enjin akan dibahagikan sama rata antara tayar belakang kiri dan kanan melalui differential yang dioperasikan dengan sistem klac. Ini membenarkan tayar kiri dan kanan berputar pada halaju berbeza ketika selekoh

Sistem torque vectoring pada AWD 4 Motion terbaru yang dipasang pada Golf R pula memiliki beberapa kepingan klac tambahan yang membenarkan tork dihantar 100% kepada salah satu tayar belakang. Sistem akan mengira dan memutuskan berapa banyak tork yang perlu dihantar ke tayar belakang berdasarkan pada halaju kereta, berapa jauh pedal ditekan, sudut yaw dan lain-lain faktor tambahan

Dalam selekoh, sistem akan menghantar lebih banyak kuasa pada tayar belakang yang berada di luar selekoh dalam amsa beberapa milisaat sahaja bagi mengurangkan radius selekoh. Sistem ini juga akan disambung dengan Vehicle Dynamic Manager (sistem yang menguruskan torque vectoring melalui electronic differential lock XDS) dan juga sistem penyerap hentak dinamik boleh laras

Vehicle Dynamic Manager akan memantau pengendalian kenderaan 200 kali dalam sesaat, mengubah kekerasan penyerap hentak, dan juga boleh memilih tayar mana yang perlu dibrek atau tayar mana yang perlu diberikan kuasa tambahan secara individu bagi menghapuskan terus masalah understeer dan oversteer

Teknologi torque vectoring ini juga membolehkan pemandu memilih mode “Drift” khas untuk kegunaan litar lumba sahaja dalam mode pemanduan Golf R. Dalam mode ini Golf R akan menukar parameter ESC kepada sport dengan torque vectoring akan menghantar semua tork pada gandar belakang pada tayar yang berada di luar selekoh. Bukan itu sahaja, Golf R juga telah diberikan tetapan khas bagi pemandu yang ingin menikmati pertasi terbaik Golf R di litar paling terkenal iaitu Nurburgring

Google ads
Back to top button