
BELI HONDA RS-X DAN NIKMATI RM300 KREDIT E-WALLET TOUCH ’N GO
Boon Siew Honda (BSH) melancarkan kempen terbaru bagi meraikan pelanggan yang membeli Honda RS-X.

Bermula 7 hingga 31 Oktober 2024, setiap pelanggan yang membeli Honda RS-X akan menerima ganjaran dalam bentuk RM300 kredit e-Wallet Touch ’n Go.
Untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu membuat pembelian Honda RS-X, daftar motosikal tersebut dalam tempoh kempen berjalan dan daftar di Honda X untuk menerima kredit RM300 e-Wallet TnG.

Honda RS-X merupakan antara motosikal 150cc popular masa kini yang menawarkan kelengkapan dan ciri keselamatan terkini termasuk ABS. RS-X turut menerima penarafan 5-bintang oleh MyMAP dan diperakui sebagai kenderaan EEV (Energy Efficient Vehicle).

Atas kertas, Honda RS-X dipacu enjin satu silinder 149.2cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm.