
BELI KERETA HYUNDAI, BOLEH DAPAT KERUSI URUT OGAWA BERNILAI RM11,999
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini memperkenalkan pelan pembiayaan yang fleksibel sebagai sebahagian daripada Promosi Distinctive Raya Hyundai.
Anda boleh memiliki sebuah Hyundai Kona dengan bayaran bulanan serendah RM958, Elantra bermula RM1,098 sebulan, Grand Starex (RM1,348), Santa Fe (RM1,388) dan Sonata hanya RM1,548 sebulan. Semua ini berdasarkan kepada pembiayaan 90 peratus dengan tempoh pembayaran balik selama 9 tahun.
Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung memberitahu pembiayaan step-up itu diperkenal bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan baharu dengan pelan pembayaran lebih mampu milik.

“Pihak bank kini melaksanakan kelulusan pinjaman yang lebih ketat. Kami faham tentang cabaran yang terpaksa dilalui oleh pelanggan. Sebab itulah kami memperkenalkan skim pembiayaan ini dengan komitmen bulanan lebih rendah, sekali gus membantu mereka mendapatkan pinjaman,” kata Low.
Sekarang ialah masa yang terbaik untuk membeli kereta Hyundai kerana pelanggan boleh memanfaat skim pinjaman ini. Pada masa sama menikmati penjimatan daripada pengecualian cukai sehingga 30 Jun.
Sehingga stok masih ada, pelanggan yang membeli mana-mana model 2020 bermula sekarang hingga 30 Jun 2021 akan menerima kerusi urut Ogawa Smart Vogue Prime bernilai RM11,999.
Semua model Hyundai didatangkan bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000km (mana-mana tiba dahulu). Selain penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 50,000km.