
BELI KERETA TERPAKAI DENGAN HONDA CERTIFIED USED CAR NANTI. KONFEM TENANG JIWA RAGA
Sebagai sebahagian daripada pengembangan perniagan, Honda Malaysia dilapor bakal melancarkan program penjualan kereta terpakai sah pada tahun ini.
Program rasmi yang dikenali sebagai Honda Certified Used Car tersebut bertujuan memberi peluang kepada pelanggan yang ingin memiliki sebuah kereta Honda pada harga lebih rendah. Senang cakap, model perniagaan Honda Certified Used Car mungkin tidak banyak berbeza dengan Toyota Topmark, Perodua POV dan sebagainya.
Biarpun begitu, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa kereta yang ditawarkan itu adalah berkualiti tinggi.
Sudah pasti semua kereta tersebut akan menjalani pemeriksaan teliti, selain bebas daripada mengalami kemalangan serius atau banjir.
Buat masa ini, tidak banyak perincian yang dikongsikan oleh Honda Malaysia. Jadi, kita tunggu sahaja pengumuman tentang Honda Certified Used Car nanti.