Buletin

UMW TOYOTA LANTIK TAKASHI OBATA SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI. BERKUAT-KUASA 1 FEBRUARI 2022

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan pelantikan Takashi Obata sebagai Timbalan Pengerusi berkuat-kuasa pada 1 Februari 2022. 

Dengan pengalaman yang luas dan visi dalam mobiliti masa depan, Obata komited untuk memacu syarikay untuk mengadaptasi falsafah CASE iaitu Connected Cars, Autonomous Driving, Shared dan Electric, selain neutraliti karbon. 

Obata mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam Toyota Motor Corporation. Sebagai individu penting penting dalam divisyen perancangan produk untuk operasi jualan serta pemasaran, beliau telah terlibat dalam merancang pelbagai model Toyota di pasaran global. 

“Teknologi automotif mengalami evolusi, maka mengadaptasi CASE dan neutraliti karbon menjadi semakin penting. Ia merupakan hala tuju Toyota di peringkat glonal dan sudahpun dimulakan di Malaysia dengan pelancaran Corolla Cross baru-baru ini. 

“Saya berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengambil tanggungjawab ini bersama Presiden UMW Toyotam Ravindran K,” kata Obata. 

Obata menggantikan Akio Takeyama yang telah berkhidmat selama 12 tahun di Malaysia. Di bawah pimpinannya, UMW Toyota berjaya mencatat pelbagai pencapaian yang signifikan. 

Antaranya pelancaran kilang serba canggih di Bukit Raja, pengenalan GAZOO Racing dan merampas kembali kedudukan No. 1 jenama bukan nasional selepas enam tahun. 

Google ads
"
"
Back to top button