
BELI TIKET BAS DENGAN TOUCH ’N GO eWALLET DI TBS
Touch ‘n Go eWallet, perkhidmatan e-dpm[pet terkenal negara telah mengembangkan operasinya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan dalam sektor pengangkutan.
Kerjasama strategik itu dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan akan dapat menawarkan pilihan bayaran alternatif yang selamat serta mudah apabila membeli tiket bas di TBS.
Untuk makluman, TBS menjadi terminal bas bebas tunai pertama di Malaysia.
Touch ‘n Go eWallet dikatakan bakal mengembangkan perkhidmatan sama ke lebih banyak terminal bas, seterusnya membawakan teknologi pembayaran digital kepada rakyat negara ini.
Berikutan implementasi program e-Tunai Rakyat, warga Malaysia boleh menggunakan wang berjumlah RM30 menggunakan Touch ‘n Go eWallet di TBS yang menguruskan sekitar 13,000 pelanggan setiap hari.