
BELI VOLKSWAGEN ONLINE & DAPAT DISKAUN RM8,000!
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan pusat pameran dalam talian mereka bagi membantu pelanggan membeli kereta jenama Volkswagen di Malaysia.

Ini adalah selaras dengan arahan pihak kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan di mana kesemua pusat pameran Volkswagen ditutup sepanjang PKP tersebut.
Dengan konsep membawa pusat pameran kepada pelanggan Volkswagen eShowroom menawarkan juga membuat tawaran istimewa bagi pembeli dalam talian. Ini bukanlah kedai maya pertama VW Malaysia, mereka telah lama membuka premis dalam talian di platform jualbeli Lazada Malaysia.
Erik Winter Pengarah Urusan VPCM mengambil positif tindakan kerajaan untuk mengurangkan impak pandemik Covid19. “Keselamatan pelanggan dan pekerja adalah keutamaan kami. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami dan eShowroom adalah usaha untuk sebagai solusi pilihan kepada pelanggan untuk membeli kereta Volkswagen dalam tempoh PKP ini.”
Bagi bulan April, olkswagen eShowroom dan flagship store di Lazada menawarkan diskaun tambahan seperti di bawah;
Model | Diskaun biasa | Diskaun Online | Jumlah | Tawaran khas online |
Polo | RM3,000 | RM1,500 | RM4,500 | |
Vento Comfortline | RM6,000 | RM1,500 | RM7,500 | |
Vento Highline | RM3,000 | RM1,500 | RM4,500 | |
Beetle | RM5,000 | RM3,000 | RM8,000 | |
Golf R-Line | RM3,500 | RM3,500 | ||
Golf GTI & R | RM2,000 | RM6,000 | RM8,000 | |
Tiguan | RM2,000 | RM4,000 | RM6,000 | 1 tahun insurans percuma RM4,500 dan rebat petrol bernilai RM2,500 |
Passat Elegance | RM2,000 | RM4,000 | RM6,000 | 1 tahun insurans percuma RM5,500 |
Nota: Penjimatan ini untuk tempahan bagi tempoh 1st to 30th April.
Untuk mendapatkan penjimatan ini, pelanggan perlu melawat laman web Volkswagen eShowroom dan ikuti langkah berikut:
- Langkah 1: Pilih model yang dikehendaki
- Langkah 2: Isi borang tempahan
- Langkah 3: Piih pusat jualan Volkswagen dan hantar borang.
- Langkah 4: Tunggu pengesahan panggilan dan Volkswagen Customer Care .
Selepas semuanya selesai, pusat jualan pilihan akan menghubungi anda untuk melengkapkan proses seterusnya. Pendaftaran kenderaan dan penghantaran kereta akan dibuat sebaik sahaja tempoh PKP tamat.
Senang kan?