Artikel Pilihan

BOLEH KE HAND SANITIZER DIBUAT BAHAN API?

Baru baru ini penulis telah menonton satu video yang dirakam oleh seorang wanita yang cuba membuktikan bahawa etanol yang ada dalam pencuci tangan nyahkuman tidak boleh terbakar. Sebaik sahaja menyapu pencuci tangan tersebut, dia menyalakan ibu jarinya.

Namun apa yang kelakar ialah ibu jarinya terbakar dalam proses tersebut namun ia menyala dengan api yang berwarna biru. Dalam proses pembakaran, api yang membakar dalam warna biru memiliki suhu yang amat tinggi dan proses pembakarannya hanpir sempurna

Kami bukan mengajak pembaca bebrincang mengenai nasib ibu jari wanita tersebut, tapi bagaimana pencuci tangan anti kuman boleh terbakar? Jawapanya ialah pencuci tangan anti kuman memiliki kandungan etanol dengan ketulenan 70%. Ketulenan tersebut adalah ideal untuk membasmi kuman dengan merosakkan struktur protein DNA virus namun tidak sesuai untuk penyakit hasad dengki (PhD).

Etanol ataupun nama pasarnya alkohol dan nama saintifiknya ethyl alcohol merupakan molekul yang dibina dengan asas rantaian karbon dan hidrogen sama seperti petroleum. Namun yang membezakannya ialah kehadiran unsur oksigen atau OH dalam rantaian tersebut. Adakah ia memabukkan?

Ethanol industri bukan dihasilkan untuk diminum kerana ia bersifat toksid. Di Amerika atau negara luar ia dihasilkan melalui proses penapaian serat ataupun kanji seperti jagung dengan bantuan. Ia akan bertukar menjadi gula seterusnya menjadi alkohol dengan bantuan mikrobakteria

Proses yang paling popular yang digunakan ialah grind mill iaitu bahan serat seperti jagung atau tebu dikisar dalam mesin sehingga menjadi serbuk. Enzim seperti yis akan dimasukkan bersama bersama dengan air. Campuran tadi akan dipanaskan sehingga gula terbentuk. Seterusnya gula tadi akan ditapai sehingga ia menjadi alkohol.

Walaupun ethanol sesuai dibuat sebagai bahan api, namun seliter ethanol hanya memiliki hanya 2/3 tenaga kimia yang dimilki oleh seliter petrol. Ia hanya sesuai untuk dijadikan bahan api tambahan yang perlu dicampur dengan petrol. Di Amerika ia dikenali dengan nama E10, E15 dan E85

E10 mengandungi 10% ethanol dan 90. Huruf E diikuti dengan nombor melambangkan peratusan alkohol yang dicampur. E85 pula dikenali dengan nama flex-fuel yang boleh menggunakan campuran antara 15-85% ethanol di dalam campuran bahan api

Ethanol yang dicampurkan dalam petrol walaupun memiliki kurang tenaga kimia, namun ia ada beberapa kelebihan seperti ia memiliki Research Octane Number atau RON yang tinggi. Contohnya E85 memiliki RON sehingga 105 yang amat sesuai untuk digunakan pada enjin yang menggunakan nisbah mampatan tinggi serta pemasaan pencucuhan yang tepat seperti enjin yang digunakan dalam perlumbaan

Tambahan pula campuran ethanol dan petrol ini terbakar dengan lebih baik berbanding dengan petrol 100%. Jadi ia kurang menghasilkan gas hijau yang mencemarkan alam menyebabkan bahan api yang dicampur dengan ethanol melepasi Akta Pencemaran Udara 1990 dengan mudah.

Namun ethanol yang dicampur dengan petrol ada kelemahan juga, kerana ethanol bersifat hidrofilik iaitu menyerap air termasuklah lembapan di udara. Air yang ini akan bercampur dengan bahan api petrol ethanol dan sekiranya kereta tidak dipandu dalam tempoh masa yang panjang, air akan mendap di bahagian bawah tangki dan bahan api berada di atas.

Sebaik sahaja enjin dihidupkan, air akan dipam masuk ke dalam enjin dan kemungkinan besar enjin akan rosak. Kehadiran unsur air juga akan menyebabkan komponen besi di dalam enjin akan berkarat. Bagi kereta lama, komponen plastik boleh menjadi keras dan akhirnya akan retak.

Bagi kereta yang dihasilkan untuk pasaran Amerika ataupun menggunakan bahan api campuran ethanol-petrol masalah ini diatasi dengan menggunakan komponen plastik dan keluli tahan karat dan tidak reaktif dengan ethanol.

Jadi berbalik semula pada soalan, adakah hand sanitizer boleh digunakan sebagai bahan api? Melainkan anda bosan untuk berada di rumah atau ingin menyakat jiran yang ada kucing yang selalu berak di laman rumah anda, cuba bereksprimen dengan kereta jiran anda dulu.

Bagi kami petrol sekarang sudah murah, isi petrol RON97 lebih baik. Penat je penulis buat formula dulu.

Google ads
Back to top button