
BELI WIPER HELLA DI AUTO2U. KUALITI JERMAN, DISKAUN 10%, BERMULA RM12.90 SAHAJA
Percaya atau tidak, antara komponen penting pada kereta tetapi sering diabaikan ialah penggilap cermin atau wiper.
Wiper tidak pernah ditukar selama bertahun-tahun adalah perkara biasa. Malah, wiper yang sudah keras getahnya dan meninggalkan kesan mengelap cermin pun masih digunakan.
Penggilap cermin yang bagus membantu kita memandu dengan lebih selamat terutama ketika hujan lebat. Apatah lagi, cuaca sekarang yang tidak menentu memerlukan anda mempunyai wiper berkualiti tinggi.
Tak perlu susah payah untuk buat research wiper apa yang bagus, kerana saya ingin memperkenalkan kepada anda satu jenama yang sudah terbukti sejak sekian lama.

Terimalah Hella, jenama wiper dari Jerman yang mampu memenuhi keperluan anda tidak kira kereta apa yang dipandu.
Wiper Hella diperbuat daripada getah yang lebih lembut berbanding silikon. Kelebihan material getah ia tidak meninggalkan kesan ketika digunakan.
Lebih menarik lagi, setiap wiper Hella direka mengikut spesifikasi kilang dari segi saiz, berat dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan wiper-wiper murah di pasaran sekarang yang tidak mengikut spesifikasi, ia boleh membawa kepada masalah lain. Antaranya, boleh menyebabkan penyambung dan motor wiper rosak.
Hella kini ada menawarkan dua varian wiper iaitu Premium 2.0 Wiper Blades yang menggunakan kerangka besi konvensional. Rekaan itu membuatkannya mudah dipasang dan sesuai untuk wiper jenis U-Hook sahaja.

Wiper Cleantech 2.0 Multi-Adapter Wiper Blades pula menggunakan kerangka Flat Blade Frame. Ia hadir dengan rekaan terbaharu yang lebih aerodinamik dan boleh dipadanan kepada sehingga 99 peratus kereta di pasaran.
Wiper tersebut didatangkan dengan lima adapter berbeza. Cara pemasangan juga sangat mudah. Pertama, tekan pada logo ‘Push’ dan naikkan klipnya. Kemudian masukkan sarung wiper pada kereta sehingga berbunyi ‘klik’ dan tutup. Siap!
Jika berminat, anda boleh membeli kedua-dua model wiper itu menerusi laman web auto2u.my. Harga untuk Premium 2.0 Wiper Blades bermula RM12.90 hingga RM48. Manakala wiper Cleantech 2.0 Multi-Adapter Wiper Blades pula berharga RM35 hingga RM80.

Jangan lupa, sebelum ‘checkout’ masukkan kod promo MEKANIKA10 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10 peratus.
Anda juga akan menerima hadiah berbentuk kain lap dan pembersih. Penghantaran ke Semenanjung Malaysia adalah percuma dan RM8 untuk pelanggan di Sabah/Sarawak.
Promosi ini bermula 23 Julai hingga 22 Ogos 2022. Tunggu apa lagi? Belilah sekarang!







