Buletin

HELLA PERKENAL MENTOL LAMPU LED RETROFIT BAHARU. JALIN KERJASAMA DENGAN AUTO2U.MY

HELLA, pengeluar lampu untuk industri automotif terkemuka dari Jerman baru-baru ini memperkenalkan inovasi terkini yang menarik menerusi mentol LED HELLA RETROFIT. Ia merupakan produk mentol LED pertama untuk kegunaan lampu kereta.

Pada masa lalu, HELLA telah membangun, mengeluarkan mentol lampu halogen, lampu sorot, wiper dan hon untuk kereta. Oleh itu, HELLA telah memperoleh kedudukan pasaran yang kukuh melalui pembangunan inovatif lampu hadapan mewah.

Pelancaran lampu mentol LED HELLA Retrofit dijalankan secara eksklusif bersama-sama dengan auto2u.my, pasaran d-dagang automotif ppopular di Malaysia. Eksklusiviti ini membolehkan anda menjadi yang pertama membeli mentol LED baharu melalui laman web auto2u.my sebelum ia tersedia pada mana-mana platform e-dagang lain.

Pelanggan juga akan menikmati diskaun 25 peratus berserta hadiah percuma bernilai RM89 apabila menggunakan Kod Promo “AUTO2U25” semasa Jualan Pra-Pelancaran HELLA dari 23 Ogos sehingga 22 September 2022.

Auto2u.my bekerjasama dengan jenama dipercayai demi memastikan semua produk adalah sahih sambil memberikan tawaran terbaik untuk pelanggan.

Teknologi & Inovasi

Direka bentuk supaya mudah, padat dan ekonomik, mentol LED HELLA Retrofit dibangunkan untuk pemasangan secara plug-and-play. Reka bentuk mentol LED adalah berdasarkan soket mentol halogen yang meliputi hampir 80% hingga 90% kereta di yang ada di pasaran.

Reka bentuknya yang padat, namun kelihatan bergaya, memberikan keselesaan dan kemudahan maksimum untuk pemasangan dan penggantian.

Dengan suhu warna 6500K, mentol LED HELLA Retrofit memancarkan cahaya yang lebih terang dan lebih putih, seterusnya membolehkan ia tahan lebih lama kerana mentol ini mempunyai kipas dan pemacu yang membolehkan penyejukan.

Melalui teknologi HELLA dalam inovasi pencahayaannya, cahaya yang diunjurkan mempunyai titik pemotongan yang baik, menghasilkan output cahaya yang fokus dan tidak silau. Ia juga menawarkan pilihan CANbus adapter untuk kereta yang memerlukan CANbus.

Rekaan Ekonomi, Kualiti Dijamin

Mentol LED HELLA Retrofit direka untuk menawarkan penjimatan dalam pelbagai aspek. Ia dicipta dan dijual pada harga yang berpatutan, menggunakan elektrik dan voltan lebih rendah, mampu bertahan lebih lama. Secara teorinya, mentol LED boleh bertahan sehingga 50,000 jam dengan keluaran cahaya 6500K (putih tulen).

Keselesaan untuk Semua

Dengan mentol LED Retrofit baharu, lampu kereta boleh dinaik taraf kepada teknologi LED terkini dan tampil bergaya sambil memberikan kesan pemanduan yang lebih selesa baik siang atau pada waktu malam.

Portfolio baharu ini menawarkan rangkaian aplikasi yang komprehensif, termasuk lampu hadapan tinggi dan rendah, lampu kabus serta liputan tinggi untuk pelbagai kenderaan.

Google ads
Back to top button