Buletin

WIPER HELLA CLEANTECH. PASANG PADA MERCEDES-BENZ C250, MEMANG PUAS HATI!

Sedia maklum bahawa sekarang kita sudahpun memasuki musim tengkujuh. Hujan yang lebat sememangnya membuatkan perjalanan lebih berbahaya sekiranya kita kurang berhati-hati. 

Selain memastikan komponen kereta yang penting seperti tayar berada dalam keadaan terbaik ketika menempuh musim hujan, satu lagi komponen yang harus diambil berat ialah penggilap cermin atau lebih dikenali sebagai wiper. 

Sama ada kita mahu mengaku atau tidak, kebanyakan pemandu kurang ambil kisah tentang keadaan wiper, walaupun ia telah digunakan dalam tempoh yang sangat lama. Wiper yang lama membuatkan proses menyeka air hujan pada cermin utama tidak efisyen, sekali gus pandangan ketika memandu pun menjadi kabur. 

Memandangkan sudah sampai masa wiper Mercedes-Benz C250 diganti, jadi saya memilih wiper Hella Cleantech. Wiper itu dipilih kerana ia tampil dengan rekaan baharu tanpa bingkai (frameless) yang lebih aerodinamik, selain menawarkan size yang tepat untuk kereta ini. 

Bukan itu sahaja, wiper Hella Cleantech didatangkan dengan dengan lima adapter berbeza. Cara pemasangan juga sangat mudah. Pertama, tekan pada logo ‘Push’ dan naikkan klipnya. Kemudian masukkan sarung wiper pada kereta sehingga berbunyi ‘klik’ dan tutup. Siap!  

Kini, sudah seminggu kereta ini menggunakan wiper Hella Cleantech. Perubahan yang paling ketara saya perasan ialah gilapan air pada cermin utama adalah lebih sekata dan kemas. Tiada lagi lebihan titik air di atas cermin. 

Pergerakan wiper ini juga jauh lebih senyap dan lancar berbanding wiper lama. Jadi, tiada lagi bunyi atau kesan yang tidak diingini. Pandangan ketika memandu dalam cuaca hujan kini lebih selamat dan meyakinkan. 

Efek tersebut adalah kerana penggilap cermin ini dihasil menggunakan getah asli dan direka khas supaya oleh digunakan sehingga 99 peratus kereta yang dijual di Malaysia. 

Selain Mercedes-Benz, wiper Hella Cleantech (model WBU22R) juga boleh digunakan untuk kereta Audi, BMW, Citroen, Honda Jaguar, Jeep, Land Rover, Mitsubishi, Nissan dan Toyota. Tetapi sebelum membuat sebarang pembelian, sila pastikan apakah saiz asal wiper kereta. 

Jangan bimbang, anda boleh membuat semakan tentang saiz wiper di pautan ini:  https://auto2u.my/hella-wiper/wiper-size/  

Kalau berminat, sekarang ialah masa terbaik untuk mendapatkan wiper Hella Cleantech yang ditawarkan pada harga bermula RM34 hingga RM91.50 seunit. Beli di laman web auto2u.my dan anda akan menerima diskaun sebanyak 25 peratus apabila menggunakan kod promo MKNHELLA. 

Bukan setakat diskaun, anda juga akan menerima dua hadiah iaitu kain mikrofiber dan pembersih cermin utama. 

Lebih menarik lagi, kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia adalah percuma. Pelanggan di Sabah dan Sarawak pula perlu membayar RM8 sahaja.

GALERI

Google ads
Back to top button