Artikel Pilihan

HELLA – JENAMA AUTOMOTIF YANG BERUSIA LEBIH 100 TAHUN!

Jika anda peminat sukan rali, berkemungkinan tinggi kereta perlumbaan yang digunakan mempunyai sepasang lampu limpah (spotlight) jenama HELLA yang dipasangkan pada bahagian depan.

Jika tidak di dalam perlumbaan rali, lampu limpah HELLA boleh ditemui pada kereta, van dan bas pada era 80an dan 90an.

Identiti HELLA mudah sahaha, penutup lampu limpah mempunyai tulisan jenama tersebut dan ia adalah kempen penjenamaan yang ringkas tetapi sangat berjaya.

HELLA juga adalah jenama yang mempunyai sejarah panjang sejak ditubuhkan oleh Sally Windmüller dengan nama Westfälische Metall-Industrie Aktien-Gesellschaft (WMI) di bandar Lippstadt, Jerman pada tahun 1899.

Ya, HELLA kini memasuki tahun operasi yang ke-120 malah syarikat ini ditubuhkan lebih lama berbanding pengeluar automotif yang ada hari ini.

Pada asalnya WMI mengeluarkan lampu, lampu utama, horn dan kelengkapan untuk basikal, carriage, dan kenderaan.

HELLA hari ini mengeluarkan banyak komponen seperti mentol, palam pencucuh, horn, penggilap cermin, perakam pemanduan dan pelbagai lagi yang sesuai untuk kenderaan anda.

HELLA di pasaran tempatan diedarkan secara rasmi oleh HMT Marketing Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai produk jenama Jerman tersebut.

Di antara produk utama HELLA di pasaran ialah penggilap cermin. Komponen ini walaupun ringkas dan nampak sama dengan pelbagai jenama lain namun ia berbeza daripada segi bahan bilah yang digunakan dan reka bentuk rangka (wiper frame).

Getah penggilap HELLA mempunyai saduran graphite daripada teknologi nano. Bahan tersebut menawarkan operasi penggilapan yang senyap dan lancar dalam memberikan tahap visibiliti kepada pemandu.

Selain itu bilah HELLA juga mempunyai contact point dengan tekanan ke bawah yang sekata dalam memberikan penggilapan yang bersih pada permukaan cermin.

Beberapa jenis penggilap HELLA pula mempunyai reka bentuk bagi mengharungi cuaca dan keadaan persekitaran yang ekstrem.

Hella mempunyai tiga siri penggilap cermin berkualiti seperti berikut:

Conventional Series – HELLA Wiper Blade Universal Premium

  • Menggunakan bilah getah yang disadur graphite daripada teknologi nano yang memberikan penggilapan senyap dan lancar untuk penglihatan jelas
  • Penggilapan dengan tekanan sekata pada bilah untuk tugas membersihkan cermin dengan berkesan

Hybrid Series – HELLA Razor Hybrid

  • Menggabungkan reka bentuk rangka konvensional dengan bilah rata untuk gaya, prestasi dan perlindungan
  • Reka bentuk aerodinamik yang menawarkan sentuhan dengan cermin dan pengagihan tekanan ke seluruh bilah secara optimum untuk penggilapan yang lebih bersih
  • Getah yang disadur dengan graphite lebih tebal yang menjadikan penggilap lebih tahan lasak dan lama dan mampu menahan bebanan lebih tinggi

Bilah Penggilap Untuk Kegunaan Kenderaan Komersil

  • Menggunakan getah yang disadur dengan graphite lebih tebal untuk kegunaan komersil yang lebih lasak
  •  Rangka dengan powder coating untuk perlindungan daripada karat dalam semua cuaca
  • Rangka besi heavy duty untuk ketahanan maksimum dan kestabilan
  • Pelbagai adaptor yang menawarkan tahap perlindungan maksimum

Jadi apa pentingnya penggilap cermin berkualiti?

Paling utama sekali ialah bagi memastikan visibiliti pemandu dalam keadaan terbaik melalui permukaan cermin hadapan yang sentiasa bersih. Di sinilah penggilap cermin Hella memainkan peranannya.

Selain itu, cermin yang bersih bukan sahaja untuk kepentingan pemandu malah berfungsi dalam menjaga keselamatan pihak ketiga seperti pengguna jalan raya lain atau pejalan kaki.

Pelaburan untuk penggilap cermin berkualiti dan cekap dalam fungsinya adalah sebahagian daripada ciri pemandu yang prihatin.

Sebarang maklumat tentang produk HELLA di pasaran tempatan dan promosi terkini boleh didapati melalui laman web HMT Marketing Sdn Bhd di sini.

Atau di saluran facebook mereka di sini

Tags
Google ads
Back to top button