
BELUM SEMPAT MOHON BANTUAN BAITULMAL, MOTOR PULA TERBAKAR
Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang dialami oleh seorang lelaki orang asli yang datang untuk memohon bantuan Baitulmal.
Malangnya, hasrat itu tidak tercapai apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak sebelum terbakar di Plaza Tol Senai, dekat Kulai, Johor semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 30-an dan dua anaknya yang berumur enam dan lapan tahun bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan api pada bahagian enjin motosikal.

Kebakaran itu kemudian berjaya dipadam oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Senai, Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.
“Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walau bagaimanapun, api marak dengan cepat dan memusnahkan seluruh motosikal tersebut,” katanya.
Difahamkan tiga beranak itu juga itu tersesat jalan ketika dalam perjalanan. – Sinar Harian, FB Polis Daerah Kulai
- BACA: REV ENJIN SAMPAI EKZOS BERAPI, NISSAN GT-R INI AKHIRNYA TERBAKAR. NASIB BAIK RAMAI TOLONG PADAMKAN API
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: SYARIKAT INSURANS DI AMERIKA BERI AMARAN KENDERAAN HYUNDAI DAN KIA MUDAH TERBAKAR
- BACA: LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE HANGUS TERBAKAR DI STESEN MINYAK – KECUAIAN YANG BERNILAI LEBIH RM1.6 JUTA