Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – LAMA TAK DENGAR CERITA SI KELISA

Tidak berapa lama dahulu, Perodua Kelisa merupakan antara model yang cukup panas sesudah Perodua Kancil untuk dijadikan JDM. Dapat tukar tukar logo D daripada P pun dah rasa cukup seronok. Dan baru baru ini BK terserempak dengan sebuah model Perodua Kelisa yang sangatlah kacak di Provinsi Bandar Kinrara 4. Terus BK tahan ke tepi untuk bersembang sepatah dua kata.

BK : Eh berhenti! Berhenti tepi!

Kelisa : Op! Op! Fuh, mujur sempat tekan brek. Kalau tak mau kena langgar. La..BK rupanya. Ingatkan siapalah tadi.

BK : Hah! Sori! Aku tertahan kau dengan sengaja. Heh! Aku lamalah tak nampak kelibat kau ni. Tu yang teruja nampak atas jalan. Terus aku tahan.

Kelisa : Terkejut saya tau tadi. Ingatkan ada roblok area kedai ni. Tapi tak ada pula saya nampak Kon ke apa. Curiga kejap saya tadi.

BK : Hmmmm aku perati kau ni nampak smart lagilah. Walau pun umur kau ni dah masuk kategori budak SPM, Kacak betul aku tengok kau pakai bodypart Daihatsu Mira Filzah ni. Tiberrrrr!

Kelisa : Eh apa pulak Mira Filzah. Janganlah bergurau macam tu BK. Sisa sedih saya ni masih ada lagi tau. Kahwin dia pun tak jemput saya.

BK : Alah kau ni. Tisu pulak dah. Eh kejap. Pakai bodpart Daihatsu tapi apa hal kau pakai logo P pulak kat depan ni? Cer citer.

Kelisa : Hah, itulah rahsia untuk kekal bahagia bersama Abam J kalau nak tahu. Bila jumpa tengah jalan tak adalah gundah gulana serupa ada buat salah besar walaupun sebenarnya saya ni dah pun pakai bodypart Coure TR yang lengkap.

BK : Wah! Bijak juga idea kau ni ya Kelisa. Kalau tengok luaran, pasti bahagian dalaman juga Tuan kau ni dah usik kan.

Kelisa : Hah pandai pun BK ni. Mestilah BK. Takkanlah BK tak kenal Tuan saya ni, Chepot Si Nemo. Sebagai otai Kei Car, sudah tentu beliau mahukan sesuatu yang handal juga. Bahagian dalaman, Tuan saya ni dah guna tempat duduk daripada Mira Gino sebab beliau berkenan dengan tempat duduk berwarna merah ni. Manakala enjin pula, Tuan saya ni dah menggantikan enjin asal dengan K3-VE2 milik Daihatsu Storia. Suspension pula Tuan saya ni dah buang buatan Rawang dan gantikan dengan DSport. Baru selesa sikit pemanduan.

BK : Lepas tu aku tengok cat kau ni pun boleh tahan lawa juga lah. Lain macam Biru dia ni.

Kelisa : Bukan takat lawa je tapi memang kenalah dengan harganya.

BK : Kalau tengok kualiti cat macam ni, mesti si Bandi Sprayworks punya hasil tangan ni kan?

Kelisa : Iya BK. Tak syak lagi. Saya perati si Bandi tu memandu rali pun handal, mengecat kereta pun handal juga.

BK : Sebut pasal Kei Car ni, aku sebenarnya rindu juga dengan scene ni. Sekarang ni macam suram aja aku rasa.

Kelisa : Iyalah BK. Apa nak buat. Zaman sekarang ni ini pun tak ramai yang menyimpan lagi kereta kompak sebegini. Tinggal beberapa kerat sahaja. Yang ada pun macam tuan saya si Chepot inilah. Tapi tahukah bahawa saya sebenarnya turut mempunyai kembar yang mana ianya turut dijadikan sebagai kereta rali oleh si Chepot ni.

BK : Owh. Banyak betul duit si Chepot ni kan. Entah berapa lah pula duit habis.

Kelisa : Entahlah BK. Saya ni tak tahu sangat pasal kembar saya si rali tu. Tapi kalau untuk make up saya jadi serupa macam ni, tak ada 20k jangan berani sembanglah BK.

BK : Baiklah Kelisa. Terima kasihlah sebab sudi berhenti borak kejap dengan aku ni. Nanti ada rezeki, aku pi jumpa dengan kembar kau pula tu.

Kelisa : Sama sama BK. Sebelum balik ni, up lah sekali gambar Tuan saya ni dulu. Siapa tahu, ada orang nak meminang saya. Ke nak meminang dia. Tiberrr.

BACA : SEMBANG SANTAI – HELLO PERODUA NAUTICA

BACA : SEMBANG SANTAI – APA KHABAR SI PERODUA ALZA

Google ads

B K

Back to top button