REV ENJIN SAMPAI EKZOS BERAPI, NISSAN GT-R INI AKHIRNYA TERBAKAR. NASIB BAIK RAMAI TOLONG PADAMKAN API
Rev kereta macam orang gila sampai ekzos keluar api bukanlah satu idea yang bagus. Pengajaran itulah yang terpaksa diterima oleh pemilik sebuah Nissan GT-R.
Insiden itu berlaku di United Kingdom dalam satu sesi perhimpunan kereta.
GT-R berwana hitam tersebut dikatakan dipasang dengan ekzos aftermarket dan menurut individu yang merakam video ini, pemandunya revving kereta berkenaan sepanjang malam, sambil disorak oleh orang ramai.
Walaupun mengujakan orang lain, tindakan sebegitu memberi kesan kepada enjin dan oleh menyebabkan kebakaran. Itulah yang berlaku tidak lama kemudian. Ketika pemandunya asyik rev, ekzos kereta menjadi terlampau panas dan mula terbakar.
Situasi cemas itu menyebabkan penonton cuba memadamkan api dengan menjirus air minuman daripada tin, mengibas dengan jaket dan sebagainya. Jika terlambat, sah-sah seluruh kereta akan hangus terbakar.
- BACA: LAMBORGHINI COUNTACH KACUKAN HYUNDAI, LEXUS, SUBARU, SKYLINE GT-R R32
- BACA: HONDA CIVIC EG TAPAU NISSAN GT-R DI LITAR DRAG. BETUL KE NI?
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R V-SPEC NUR II 2002 HARGA RM2 JUTA. PLASTIK SEAT PUN BELUM BUKA LAGI
- BACA: SELESAI CATAT REKOD PALING LAJU DI KANADA, GT-R 3,300HP BERNILAI RM2.7 JUTA TOTAL LOSS