BuletinMotosikal

BENELLI AKAN LANCAR MOTOSIKAL MOPED MINGGU HADAPAN, RSF150?

Sejak mengambilalih hak pemasangan dan edaran motosikal jenama Benelli, MForce Bike Holding (yang juga memegang hak jenama SYM) telah mengatur strategi kukuh untuk meneruskan jualan penguasaan motosikal tempatan. Seperti yang diketahui, jualan motosikal kecil underbone masih lagi penyumbang terbesar perkongsian pasaran motosikal tempatan.

Hujung minggu ini, MForce Bike Holding akan melancarkan sebuah lagi model underbone dan menurut sumber yang kami perolehi, ia adalah super moped 150cc. Ia akan jadi motosikal ketiga dalam kategori yang bakal bersaing dengan Yamah Y15ZR dan Honda RS150R.

Menerusi brosur yang dipaparkan, ia akan dikenali dengan nama RSF150. Ironik kan? Sebab semuanya guna aksara pendek untuk model super moped masing-masing.

Seakan sudah jadi piawai dalam spesifikasi super moped, spesifikasi model ini menerapkan standard baru moden dalam pasaran. Enjin selinder tegak dengan susunan aci sesondol berkembar (DOHC), sejukan cecair, suntikan bahanapi dan juga transmisi enam kelajuan.

Berdasarkan foto yang diperoleh dari laman web motosaigon vietnam, moped ini dipasangkan dengan suspensi belakang jenis monoshock dan lebih baik dari Y15ZR dan RS150R ialah cakera brek hadapan dengan pengangkup berkembar (twinpot).

Harga? Jika melihat kepada strategi pasaran Benelli (dan SYM), mereka sentiasa menggunakan kelebihan pasaran dengan meletakkan harga yang lebih rendah dari pesaingnya. Lihat saja pada 125i yang lebih murah dan yang terbaru Benelly TNT135 fun bike yang jauh lebih murah daripada Honda MSX125 dan Kawasaki Z125.

Kalau perbandingan dibuat untuk harga Yamaha Y15ZR dan RS150R yang kini mencecah RM9,000, jangkaan kami, RSF150 ini akan dijual pada harga sekitar RM7,000.

Menarik kan?

BACA: TUNGGANG UJI BENELLI TNT 300

BACA: FUN BIKE BENELLI TNT 135 DILANCARKAN

 

 

 

 

Google ads
Back to top button