Artikel Pilihan

BERGANTUNG KEPADA GPS, WAZE LEMAHKAN FUNGSI OTAK – KAJIAN UCL

Berbeza dengan sepuluh tahun lalu, majoriti pemandu kini bergantung kepada aplikasi navigasi untuk pergi ke satu-satu destinasi.

Kewujudan aplikasi seperti Waze, Google Maps dan peranti GPS membuatkan usaha untuk mencari tempat yang kita tidak pernah pergi sebelum ini menjadi begitu mudah. Cuma masukkan lokasi, kita akan dibawa ke sana tanpa perlu risau ersesat jalan.

Biarpun ada kalanya kita berdepan masalah apabila Waze buat gila dan membawa kita ke tempat lain, tetapi ‘kesilapan’ itu tidak pernah melemahkan semangat kita untuk terus menggunakannya.

Bagi mereka yang sangat bergantung kepada aplikasi ini atau GPS, anda mungkin perlu anda tahu hasil satu kajian oleh University College London (UCL) baru-baru ini.

Menurut penyelidik UCL, terdapat dua bahagian otak iaitu memori dan hippocampus yang berkaitan dengan arah. Kajian mendapati bahawa apabila pemandu masuk ke jalan baru atau mempunyai beberapa jalan yang boleh dipilih dengan bebas, prefrontal cortex yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan menunjukkan wujudnya “lonjakan aktiviti”.

Pasukan penyelidik membandingkan imbasan otak 24 orang sukarelawan dalam satu simulasi pemanduan di tengah kota London. Sebahagian dengan jalan yang telah ditetapkan dan sebaliknya.

Hasilnya, pemandu yang mengikut arahan peranti navigasi menyaksikan tiada aktiviti tambahan berlaku dalam otak mereka. Sementara pemandu yang dibiarkan tanpa panduan navigasi berbeza. Otak mereka sibuk untuk merancang, membuat keputusan dan berfikir tentang ganjaran atau kesan penerokaan jalan mereka.

“Keputusan kajian kami selari dengan model-model di mana hippocampus mensimulasikan laluan yang mungkin digunakan pada masa depan. Sementara prefrontal cortex membantu kita untuk merancang laluan mana yang akan membawa kita ke destinasi yang ingin ditujui.

“Apabila kita ada teknologi yang memberitahu ke mana kita harus pergi, bahagian otak ini tidak memberi maklum balas ke atas rangkaian laluan. Dengan erti kata lain, otak tidak menunjukkan minat ke atas jalan-jalan di sekitar kita,” kata seorang Profesor Psikologi Eksperimental UCL, Hugo Spiers.

Itu kajian UCL lah. Ikut anda nak percaya atau tidak. Tetapi, aplikasi seperti Waze kadang-kadang mengejutkan kita dengan laluan yang kita tidak pernah terfikir atau masuk. Itu beri pengalaman baru juga kan?

BACA: TIPS MEMILIH ALAT NAVIGASI GPS TERBAIK

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button