
KERETA ELEKTRIK BOLEH HASILKAN CO2 LEBIH TINGGI DARI DISEL – BIAR BETUL?
Kereta elektrik mungkin merupakan pilihan alternatif untuk memastikan alam sekitar bersih dari pencemaran. Ia dilabelkan sebagai kenderaan hijau tetapi berdasarkan laporan terbaru Bloomberg, ia mempunyai ‘rahsia’ mengejutkan dalam penghasilan baterinya.
Kebanyakan bateri dihasilkan di negara yang menggunakan grid elektrik berkuasa disel menjadikan proses pembinaan kereta tersebut adalah jauh lebih kotor daripada kenderaan disel yang setara dengannya.
Hasilnya ialah adalah lebih bersih untuk kita memandu kenderaan disel selama beberapa tahun berbanding kenderaan elektrik yang bersih berdasarkan cara bateri tersebut dihasilkan.
Berylls Strategy Advisors mendakwa yang proses penghasilan bateri untuk kereta elektrik menghasilkan 74 peratus CO2 lebih tinggi berbanding penghasilan kereta biasa.
Secara mudahnya, kereta hijau seperti Nissan Leaf perlukan masa tiga tahun untuk menjadi kereta mesra alam sekitar berbanding kenderaan disel biasa. Itulah anggaran yang diberikan oleh penganalisa.
Henrik Fisker yang membangunkan kenderaan elektrik dengan jenama Fisker berkata, “Ia bergantung kepada dari mana bateri tersebut dihasilkan, bagaimana ia dihasilkan dan dari mana kuasa elektrik yang kita gunakan berasal”. Kalau dari grid elektrik berkuasa disel jawabnya memang tak adalah bersih sangat kan?
BACA: PORSCHE DAKWA MAMPU MENGECAS KERETA ELEKTRIK 2 KALI LEBIH CEPAT DARI TESLA
Untuk mengurangkan emisi karbon dioksida di Eropah kepada 30 peratus menjelang 203, Volkswagen perlu menaikkan angka jualan kenderaan elektrik mereka kepada 30 peratus dari jualan kereta keseluruhan, kata CEO VW, Herbert Diess.
Pengurangan emisi CO2 secara 40 peratus keseluruhan memerlukan separuh pasaran kenderaan baru berkuasa elektrik.
Ironiknya dalam usaha mengurangkan pelepasan CO2 dari enjin kenderaan secara tidak langsung kita juga telah meningkatkan pencemaran CO2 sewaktu proses penghasilannya. Contoh terbaik ialah negara Jerman di mana elektrik dijana menggunakan arang batu.
Kredit uk.news.yahoo.com