
MODEL PERTAMA BENTLEY YANG SERTAI LE MANS 100 TAHUN DAHULU DIJUAL PADA HARGA £3 JUTA
Kira – kira 100 tahun yang lalu, Bentley 3 Liter menjadi kereta British pertama dan Bentley pertama yang bertanding dalam perlumbaan Le Mans 24 Jam yang mencabar pada tahun pertama penganjurannya. Dan ini ini, semasa perlumbaan ikonik ini – ujian 24 jam sepenuhnya yang menyambut ulang tahun ke 100 tahun, Bentley pertama tersebut telah dijual kepada seorang peminat British dengan harga melebihi £3 juta. (RM17,069,375).
Bentley yang lejen ini telah dijuak kepada Kidston SA, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Simon Kidston – anak saudara kepada Glen Kidston, yang pernah memenangi perlumbaan Le Mans 24 Jam ini pada tahun 1930 dengan Bentley. Kereta ini melambangkan permulaan legenda Bentley dan merupakan permulaan kepada tradisi ‘The Bentley Boys’. Simon Kidston, Clement, Duff, dan yang lain seperti Sir Tim Birkin, Dr Dudley Benjafield, atau pengerusi Bentley pada satu ketika dahulu, Woolf Barnato, dikenali sebagai The Bentley Boys kerana gaya hidup perlumbaan mereka yang pantas.

Seperti yang diungkapkan oleh pengasas syarikat W.O Bentley mengenai gelagat kumpulan ini: “Masyarakat ketika itu suka membayangkan mereka tinggal di flat Mayfair. Minum di kelab malam, bermain kuda dan Bursa Saham, serta berlumba dengan pantas di trek perlumbaan pada hujung minggu. Bagi sebahagian daripada mereka, gambaran ini tidaklah begitu tidak tepat.”
Kereta lagenda ini, Chassis 141 yang dihasilkan daripada model Bentley 3 Liter, telah didaftarkan dan dipandu oleh veteran Perang Dunia Pertama dari Kanada, pengembara, dan pengedar Bentley, John Duff. Ketika itu beliau terlebih dahulu berlumba di Double 12 Hour Record di Brooklands (perlumbaan 24 jam dilarang supaya penduduk tempatan dapat tidur), menempuh jarak 2,082 batu pada kelajuan 86.79mph dan telah mencipta 38 rekod antarabangsa.

Kemudian, beliau meminta W.O Bentley untuk menyediakan keretanya yang boleh diharapkan untuk perlumbaan 24 jam baharu yang akan diadakan di tempat di Perancis yang dipanggil Le Mans. Walaupun Bentley menganggapnya gila, beliau bersetuju dan meminjamkan pemandu ujian kilang Frank Clement sebagai rakan pandu.

Selepas 24 jam memandu – di mana mereka menetapkan rekod pusingan 66.69mph dengan kereta yang hanya mempunyai brek belakang, mereka masih berupaya menyelesaikan misi bersama di tempat keempat, walaupun kehabisan minyak kerana batu-batu di permukaan trek telah merosakkan tangki.
Kemudiannya Bentley dan The Bentley Boys kembali semula ke Le Mans untuk perlumbaan 24 jam pada tahun berikutnya. Dan kali ini mereka terus menang. Dari tahun 1927 hingga 1930, Bentley memenangi Le Mans 24 Jam empat kali berturut-turut, menandakan salah satu rentetan kejayaan yang paling dominan dalam sejarah perlumbaan tersebut ketika itu. Dan semua ini sudah tentu hasil pencapaian John Duff bersama Chassis 141 dalam meyakinkan pengasas syarikat, W.O. Bentley, bahawa keretanya tidak hanya mampu menyelesaikan perlumbaan 24 jam, tetapi juga memenanginya. Lejen betul kan Bentley ini.
BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT LE MANS – EDISI ISTIMEWA BERSEMPENA DENGAN KEMENANGAN DI GT LE MANS
BACA : JENTERA LUMBA MAZDA 787B BAKAL BERAKSI SEMULA DI LE MANS







