Buletin

BMW 118i M Sport & BMW 330e M Sport SEMPENA [email protected]

Bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Ayam, BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan dua model M Sport yang baru – BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport.

Kedua-dua kereta itu diperkenalkan sempena kempen [email protected] anjuran BMW yang sedang berlangsung di semua pengedarnya di seluruh negara.

“BMW 1 Series kekal menjadi satu-satunya kereta dengan sistem pacuan roda belakang dalam segmennya. BMW 330e pula ialah varian baharu sedan sports premium yang kami perkenalkan pada acara BMW Innovations Day baru-baru ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

Perubahan Luaran BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport

BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport hadir bersama pakej M Aerodynamics, Suspensi M Sport dan rim aloi ringan M bersaiz 18 inci yang pastinya memberikan kedua-dua jentera itu penampilan yang begitu sporty.

Kedua-dua model itu dipasang dengan gril double kidney BMW bersama kerangka krom. Gril tersebut berwarna hitam berkilat untuk memberikan gaya yang lebih agresif. Gaya sporty jentera ini disempurnakan lagi dengan jalur BMW Individual berkilat dan logo M pada panel sisinya.

Bukan itu sahaja, lampu utama serta lampu kabus pada BMW 118i M Sport and BMW 330e M Sport didatangkan dengan butiran unit LED. Ia juga dilengkapi sistem Comfort Access sebagai ciri standard.

BMW 330e M Sport mengekalkan fungsi tambahan yang berguna seperti kamera undur dan bumbung kaca klektrik.

Perubahan Ruang Kabin BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport

Elemen M Sport dapat dilihat dengan jelas di ruang kabin kedua-dua jentera ini. Apa yang paling ketara pastinya jalur berwarna biru pada papan pemuka, sekaligus menyerlahkan lagi prestasi dan karekter M Sport kereta ini.

Ekspresi itu diteruskan dengan stereng M yang dibalut kulit bersama butang sport dan multi fungsi. Tidak ketinggalan kemasan bumbung BMW Individual berwarna hitam dan tempat duduk sports elektrik dengan fungsi memori untuk pemandunya.

BMW ConnectedDrive

Bagi menawarkan lebih keselesaan dan kemudahan, BMW 330e M Sport dilengkapi fungsi Park Assist yang membolehkan kereta diparkir sendiri. Kedua-dua buah kereta ini dipasang dengan Navigation System Professional yang hadir bersama paparan 3D beresolusi tinggi dan monitor bersaiz 8.8 inci.

Sebagai tambahan, varian baharu ini didatangkan dengan fungsi BMW ConnectedDrive. Ia menawarkan pelbagai ciri yang mendahului pesaingnya dalam industri menerusi perkhidmatan seperti Intelligent Emergency Call, Teleservices, Concierge Services dan Remote Services.

BMW 118i M Sport turut menawarkan fungsi Remote Services sebagai satu ciri standard. Manakala BMW 330e M Sport hadir dengan ciri eDrive Services sebagai tambahan kepada fungsi Remote Services.

Ciri itu membolehkan interaksi dengan kenderaan dibuat menerusi BMW Connected App pada peranti mudah alih. Pengguna boleh mengawal beberapa fungsi seperti lampu, hon dan memeriksa status takat minyak kenderaan. Khas untuk BMW 330e M Sport, BMW Connected App membolehkan sistem pendingin hawa kenderaan diaktifkan dari jauh, selain menyediakan status pengecasan bateri.

[email protected]

Sepanjang dua hujung minggu iaitu pada 4-5 dan 11-12 Februari, BMW Group Malaysia akan meraikan kedatangan Tahun Baru Cina di semua pengedar sahnya di seluruh negara.

Semua pengedar sah BMW di seluruh negara sedang menganjurkan program ‘Cabutan Bertuah Pandu Uji’ hingga Ahad, 12 Februari 2017. Pengunjung yang memandu uji mana-mana model BMW boleh turut serta dan berpeluang memenangi hadiah mencecah RM88,888 untuk membeli sebuah kereta BMW baharu.

BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport hadir dalam warna hitam, kelabu, biru dan putih.  BMW 330e M Sport boleh didapati di semua pengedar BMW di seluruh negara mulai hari ini. Sementara BMW 118i M Sport pula akan mula ditawarkan pada Isnin, 13 Februari 2017.

Harga runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun, Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) ialah:

BMW 118i M Sport               –                       RM188, 800

BMW 330e M Sport             –                       RM258, 800

Google ads
Back to top button