Buletin

BENTLEY FLYING SPUR AZURE – MODEL SALON YANG CUKUP PREMIUM

Umum mengetahui model Bentley Flying Spur ini adalah merupakan sebuah model salon mewah yang telah dihasilkan semenjak dari tahun 2005 dan telah pun melewati sehingga ke generasi ketiga. Dan Bentley Flying Spur ini sememang direka untuk keseronokan pemanduan serta keselesaan penumpang yang menggabungkan DNA Bentley yang terkenal dengan kemewahan kerja tangan pembuatan automotif yang terbaik di dunia serta teknologi moden yang canggih.

Bentley Flying Spur Azure yang baharu ini mempunyai gril matriks hitam berkilat dengan keliling krom dan juga 11 sirip menegak. Ciri-ciri yang membezakan lain termasuklah penjenamaan fender Azure, gril bawah krom cerah, perhiasan krom cerah dan juga roda aloi khusus untuk varian Azure 22 inci yang baru, yang dihiasi dengan kombinasi perak dan logam mesin cerah. Elemen khusus untuk Azure ini juga boleh didapati dalam kemasan krom dan dalam Spesifikasi Blackline berkilat gelap.

Dan kesemua varian Azure ini memberi tumpuan kepada mengurangkan tekanan dan mempromosikan kesejahteraan, dilengkapi dengan teknologi bantuan pemandu untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat.

Sehubungan itu, kedua-dua kerusi untuk penumpang hadapan dan kerusi penumpang untuk Bentley Flying Spur Azure ini dilengkapi dengan fungsi kerusi Wellness Bentley, lengkap dengan pemanasan dan pengudaraan untuk mengekalkan suhu optimum untuk memberikan keselesaan kepada semua penumpangnya.

Menariknya juga apabila fungsi urutan Wellness Bentley dengan enam tetapan ini boleh diprogramkan yang membolehkan tetapan setiap perincian secara mendalam berterusan untuk otot dan postur yang penting bagi mencegah keletihan.

Bahagian kabin juga menampilkan lampu ambien untuk mendapatkan mood. Tempat rehat kepada penumpang juga disulam dengan logo Azure untuk memberikan penekanan terhadap ciri kemewahan yang ada disamping penggunaan kemasan kayu walnut berwarna coklat.

Terima kasih kepada jarak roda yang telah diperpanjangkan sehingga 130mm yang membolehkan secara tidak langsung ruangan kabin penumpang belakang sedikit lebih luas. Sebagai tambahan, Flying Spur Azure juga dilengkapi dengan sunroof panoramik kaca ke kaca sebagai sebahagian daripada spesifikasi.

Dari segi trenkuasa, ianya menggunakan enjin 4.0 liter turbo V8 serta gabungan motor elektrik yang mampu menghasilkan output maksimum 542 HP dan 568 Nm.

BACA : BENTLEY FLYING SPUR SPEED BAHARU – LAGI LAJU DAN LAGI POWER DENGAN TRENKUASA BAHARU

BACA : BENTLEY SPEED EDITION 12 – MODEL BERSAUDARA DARI BENTLEY YANG SUPER TERHAD DAN EKSKLUSIF

Google ads

B K

Back to top button