
KEMASAN CAT TERBAHARU DARIPADA BENTLEY OMBRE YANG MENAWAN
Bentley melalui Mulliner telah memperkenalkan kemasan cat dan eksklusif Ombré yang menggabungkan dua tona warna berasingan yang telah dilayangkan pada badan kereta melalui sedan empat pintu buat pertama kalinya Bentley Flying Spurt
Kemasan luar biasa ini menggabungkankan dua warna cat yang saling melengkapi dengan mempunyai transisi di sepanjang badan sisi kereta serta pada bumbung. Ianya telah dicat sepenuhnya secara manual oleh para artisan di Kedai Cat milik Bentley, Dream Factory yang terletak di Crewe, England.

Layangan cat pada model Bentley Flying Spur yang baharu ini berubah daripada warna Topaz Blue yang cerah di bahagian depan, kepada Windsor Blue yang lebih gelap di bahagian belakang, dengan peralihan berlaku melalui bahagian tengah kereta merentasi pintu, dan juga bumbung. Proses ini mengambil hampir 60 jam untuk disiapkan oleh dua juruteknik cat yang sangat mahir, dan bermula dengan penyemburan warna individu di bahagian depan dan belakang badan kereta ini.
Transisi cat berlaku di tengah-tengah kereta dan dilaksanakan secara berperingkat, menggunakan cat yang telah dicampur menggunakan kaedah tradisional untuk mencapai kesan Ombré – dengan perhatian yang tinggi diberikan agar peralihan adalah simetri di seluruh kereta.

Teknik Ombré ini juga turut tersedia dengan pilihan warna tambahan iaitu daripada warna Sunburst Gold ke Orange Flame dan juga Tungsten ke Onyx. Disebabkan kompleksiti bagaimana kedua-dua cat bercampur, pilihan warna yang tersedia telah ditetapkan secara khusus, untuk memastikan transisi yang seragam dan perlahan antara kedua-duanya dan untuk mengelakkan warna ketiga yang berasingan muncul semasa proses tersebut.
Dan Ombré Bentley Flying Spur akan membuat kemunculannya sebahagian daripada kehadiran Bentley di Southampton International Boat Show yang sedang berlangsung sekarang sehingga hujung bulan ini.
BACA : BENTLEY MULSANNE GRAND LIMOUSINE 2016 INGIN DILELONG. ADA 12 UNIT AJA NI OI DALAM DUNIA!

