Buletin

BENTLEY SPEED EDITION 12 – MODEL BERSAUDARA DARI BENTLEY YANG SUPER TERHAD DAN EKSKLUSIF

Untuk meraikan enjin W12 yang luar biasa handal yang telah menjanakan prestasi model flagship Bentley semenjak dari tahun 2003, Bentley telah menghasilkan model Speed Editon 12 yang terhad. Dikuasakan oleh enjin 12 silinder yang paling berjaya pada era moden, model Bentley Speed Edition 12 ini adalah perpisahan yang sesuai dengan pencapaian kejuruteraan yang luar biasa.

Untuk itu, Bentley telah menghasilkan Speed Edition 12 ini daripada tiga model handalan mereka, Bentayga, Flying Spur, Continental GT dan Continental GT Convertible. Berdasarkan spesifikasi Speed Edition 12 yang dihasilkan Bentayga, Flying Spur, Continental GT dan Continental GT Convertible, pakej yang ditawarkan menampilkan banyak peningkatan reka bentuk yang unik. Ini termasuk lencana Edition 12, plak enjin bernombor, sulaman Edition 12, jahitan kontras tempat duduk bergraduat warna, dan fasia dalam venir Grand Black dengan urutan penyalaan enjin terukir bersama lencana Speed Edition 12.

Suka untuk dimaklumkan bahawa hanya terdapat 120 daripada setiap model akan dihasilkan, demi memastikan Speed Edition 12 akan menjadi penghormatan yang sepatutnya serta jarang ditemui sekali gus memberikan penghormatan kepada enjin W12 ini yang telah menjanakan kenderaan serta jenama Bentley sendiri selama dua dekad.

Pada tahun 2003, enjin W12 Bentley menjadi satu era baru untuk syarikat itu sebagai trenkuasa untuk model pertama sepenuhnya baharu di bawah kepemilikan Kumpulan Volkswagen, Continental GT. Formasi unik W-6.0 liter twin-turbocharged W12 membolehkannya menjadi 24% lebih pendek daripada V12 setara dengan tiada pengurangan prestasi, kecekapan, atau kehalusan. Sejak itu, evolusi berterusan telah melihat peningkatan sebanyak 37% dalam kuasa dan peningkatan sebanyak 54% dalam tork, serta pengurangan emisi sebanyak 25%. Dalam model Speed Edition 12, W12 kini berupaya mencatat sehingga 659PS (650 bhp) @ 5000-6000 rpm, sementara puncak kuasa Bentley yang terkenal berupaya mencarat tork 900Nm dicapai pada hanya 1500 rpm dan berterusan tanpa henti hingga 5000 rpm.

Ciri-ciri luaran model Speed Edition 12 adalah halus tetapi dijaga dengan teliti, menjadikannya mudah dikenali oleh mereka yang arif. Antara butiran yang khas termasuk caliper brek perak, yang tidak tersedia untuk model Bentley lain. Model Continental GT dan Convertible mempunyai penebatan Speed Edition 12 pada fender hadapan manakala model Bentayga dan Flying Spur membawa lencana Speed Edition 12 pada kuarter belakang bersama-sama dengan lencana Speed sedia ada. Membuka bonet akan mendedahkan plak Edition 12 bernombor di tempat kehormatan pada penutup enjin.

Ciri lain pada luaran termasuklah penggunaan rim bersaiz 22 inci dengan layangan warna hitam serta penyeimbang logo Bentley pada rim tersebut untuk menjadikannya lebih tampak eksklusif di pandangan masyarakat.

Sebagai sentuhan akhir, pelanggan akan menerima model skala 15% yang tepat dari enjin Bentley W12 sebagai artifak kenangan untuk dipamerkan di atas meja atau pun kabinet misalannya. Model skala enjin W12 diperbuat menggunakan aluminium yang diambil dari blok enjin W12 saiz penuh dan akan menjadi sebagai sebuah kenangan yang terindah buat Bentley melambangkan sebuah enjin yang berkuasa,

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT LE MANS – EDISI ISTIMEWA BERSEMPENA DENGAN KEMENANGAN DI GT LE MANS

BACA : BENTLEY BENTAYGA EWB AZURE 2023. AIRLINES SEAT, 542HP/770NM, BERMULA RM1.01 JUTA

Google ads

B K

Back to top button