Artikel Pilihan

TOYOTA GR 86 SUDAH DIPASANG TURBO, TAPI ADA SYARATNYA

Jika anda biasa mengikuti perkembangan Subaru BRZ, Scion FR-S atau Toyota GT 86 dan generasi kedua yang dikenali Toyota GR 86 maka anda akan ingat bagaimana peminat merayu kepada Toyota untuk memasang turbo pada enjin boxer 4 silinder. Generasu awal enjin 2000cc ini hanya menghasilkan 204 kuasa kuda dan 205Nm tork

Namun generasi kedua Toyota GR 86 datang dengan enjin 2400cc 4 silinder boxer yang 228 kuasa kuda dan 250Nm tork. Tapi bagi kebanyakan peminat, kuasa yang dihasilkan masih lagi tidak mencukupi dan enjin turbo adalah pilihan yang lebih baik.

Bagi memenuhi permintaan itu, Toyota GT 86 mengenepikan enjin boxer 2400cc dan menggantikannya dengan enjin 3 silinder 1600cc 16GTE GTS turbo bagi menghasilkan 300 kuasa kuda dan hampir 400Nm tork. Ia merupakan enjin asal yang digunakan pada GR Yaris dan enjin yang sama dignakan pada GR Corolla

Jadi apa yang membuatkan Toyota berubah fikiran dan menggunakan enjin turbo? Malangnya enjin ini hanya digunakan pada GR 86 yang akan digunakan pada unit perlumbaan Japanese Super Taikyu dan akan menggunakan bahan api sintetik bagi mencapai matlamat karbon neutral. Ujian ini juga bagi memastikan bahan api serta enjin yang digunakan oleh Toyota adalah serasi

Jika enjin ini digunakan pada perlumbaan sebagai medium ujian, adakah enjin sesuai digunakan dan dijual kepada umum? Ketua Jurutera Gazoo RAcing Naoyuki Sakamoto mengakui pihaknya turut memiliki impan yang sama namun tiada pelan konkrit untuk menghasilkan Toyota GR 86 turbo buat masa ini.

Menggunakan enjin 3 silinder turbo mungkin akan menyebabkan Tetsuya Tada tidak gembira, kerana turbo akan mengganggu keharmonian chassis dan penghantaran kuasa yang linear. Atas falsafah inilah GT 86 dan GR 86 kekal menggunakan enjin aspirasi normal bukanny turbo

Google ads
Back to top button