Artikel Pilihan

JIRAN MENGAMUK KERANA EKZOS MUSTANG TERLALU BISING

Rasanya kita semua pernah melaluinya kot? Ekzos jiran yang terlalu bising baik ekzos kereta mahu pun ekzos motosikal. Pung pang pung pang siang malam mengalahkan adegan sensei Cina cabut gigi dalam filem Melayu lama yang kami dah lupa tajuknya.

Tapi biasanya ia berakhir macam tu je lah tanpa apa aksi dramatik. Setakat ni tak pernah dengar lagi yang mengamuk kat Malaysia ni. Paling-paling pun carut kat mulut ataupun tulis kat status FB.

Lain pula ceritanya di AS bila seorang jiran yang bengang dengan ekzos bising member sebelah bertindak menyumbat ekzos Ford Mustang tersebut dengan menggunakan foam penyumbat. Best tak idea ni? Tapi korang jangan pandai-pandai tiru pulak. Silap-silap ke dalam lokap weh.

Tidak cukup dengan itu, ia turut disertakan dengan nota yang memberikan tempoh 14 hari kepada pemilik supaya menukar muffler kepada jenis standard. Nota tersebut turut mencabar pemilik membuat laporan kepada pihak polis dan memasang kamera video tetapi ia dikatakan tidak akan dapat menghalang mereka bertindak.

Pemiliknya pun boleh tahan otak TikTok kerana menjawab kembali saranan membuat laporan polis dengan berharap semoga pelaku terkena jangkitan Covid-10 dan menderita sampai mati. Padahal bukan susah sangat nak buat repot polis.

Sebenarnya merosakkan kereta orang lain memang satu kesalahan dan boleh dihukum tapi cuba kena kat kita sendiri, larat ke dengar ekzos perang sebelah rumah pagi petang siang malam. Nak pulak rumah teres dan kita pulak ada anak kecil. Migraine weh.

Hmm, area rumah PokYa ni kat KB ni pun ada Mustang kuning Makcik Senah jual tudung asyik merempit dengan ekzos perang siang malam. Sabar-sabar, kita puasa 6 dulu. Nanti sia-sia je dapat gelaran OKT. Tak sanggup bhai.

Google ads
Back to top button