Artikel Pilihan

BERAPA KOS SERVIS HONDA CIVIC FE? MURAH KE MAHAL?

Honda Civic generasi ke 11 atau juga dikenali dengan nama Honda Civic FE telah dilancarkan dengan hanya satu pilihan enjin iaitu 1500cc VTEC Turbo yang menjana 180 kuasa kuda dan 240Nm tork. Varian terendah iaitu 1.5 E dijual pada harga RM 125,000 lebih mahal berbanding dengan model asas 1.8 iVtec yang diperkenalkan pada 2016.

Sebagai perbandingan Toyota Corolla 1.8E dijual pada harga RM 128,888, Mazda 3 1.5 pada harga RM 139,000 dan Hyundai Elantra 1.6 Executive dijual pada harga RM 139,888. Walaupun varian paling murah, Civic 1.5E masih mendapat lampu depan LED, rim 16 inci, android auto dan juga sistem keselamatan Honda Sensing.

Bagi pembaca yang sedang berkira-kira hendak membeli Honda Civic FE, ini ialah kos servis kereta idaman anda sehingga perbatuan 100,000km. Berikut ialah butirannya:

1. Minyak enjin – ini ajaib sikit sebab enjin 1500cc ini dengan teknologi VTEC Turbo (ya ada VTEC, model lama tak ada) perlu diservis atau ditukar minyak enjin setiap kali lampu amaran menyala. Apabila lampu amaran menyala ini bermakna kelikatan minyak pelincir sudah tidak sesuai bagi sistem turbo dan amaran ini akan dikeluarkan bagi mengelakkan turbo anda jahanam awam.

Mungkin lampu ini menyala pada 3000km, 4000km atau 6000km bergantung pada cara anda memandu. Semakin kuat anda memecut, mungkin semakin kerap anda perlu menukar minyak enjin. Kalau lampu ini tidak menyala, anda perlu menukar minyak enjin dalam sela masa 6 bulan sekali. Bagi Civic ia menggunakan minyak sintetik penuh API SP 0W-20 yang berharga RM 161.56 bagi 4 liter

2. Penapis minyak enjin – sama seperti minyak enjin ia perlu ditukar tapi tidak sekerap menukar minyak enjin kerana ia boleh ditukar dalam sela masa 12 bulan. Ini bermakna, ia perlu ditukar selepas anda menukar minyak enjin sebanyak 2 kali dengan kos RM 34.68

3. Penapis udara – atau air filter perlu ditukar pada perbatuan 30,000km atau dalam masa 18 bulan dengan harga RM 104.49. Ketika ini juga anda perlu menukar dust & pollen filter (atau penapis penyaman udara dengan harga RM 90.76.

4. Minyak CVT – perlu ditukar pada perbatuan 40,000km dengan kos RM 143.89. Jika termasuk upah, anda perlu membayar RM 248.95 pada ketika ini. Minyak CVT perlu ditukar pad sela masa 40,000km atau 24 bulan sekali.

5. Palam pencucuh – Civic FE memerlukan palam pencucuh yang yang dihasilkan dari logam berkualiti tinggi seperti iridium. Bagi satu set palam pencucuh, kosnya ialah RM 439.35 dan perlu ditukar pada setiap 100,000km. Ketika ini anda perlu membayar RM 449.01 bagi semua kos servis.

6. Minyak brek – atau brake fluid perlu ditukar ketika perbatuan mencecah 60,000km dengan kos RM 38.30 sahaja. Ia perlu ditukar setiap 36 bulan atau setiap 60,000km bagi memastikan brek dalam keadaan optimum.

7. Penapis bahan api – atau juga disebut sebagai fuel filter retainer perlu ditukar pada perbatuan 140,000km dengan harga komponen ialah RM 386.85. Ketika ini pemilik akan dikenakan bayaran sebanyak RM 499.86 termasuk upah

8. Cecair penyejuk enjin – ini merupakan komponen paling lama yang perlu diperiksa iaitu pada perbatuan 200,000km. Ketika ini pemilik perlu membayar RM 146.03 bagi kos penukaran cecair penyejuk. Tapi kami menasihatkan pemilik agar sentiasa memeriksa tahap bekalan cecair penyejuk di tangki simpanan

9. Semua harga yang kami nyatakan ini tidak merangkumi kos penjajaran tayar, kos imbangan tayar, penukaran bateri, penukaran tayar baru dan juga servis penyaman udara.

10. Honda juga menyediakan 5 kali kos upah percuma pada kilometer 1000km , 30000km , 60000km, 90000km dan 100,000km. Senarai penuh jadual servis serta kos boleh didapati di laman sesawang Honda Malaysia

Sebagai contoh jika anda perlu menukar minyak enjin pada 10,000km atau 6 bulan yang pertama kos yang dikenakan merangkumi minyak enjin (RM 161.56), upah (RM 67.50), pemeriksaan brek (RM 9.66) serta cukai ialah RM 242.77. Semakan jadual penuh kos servis boleh dirujuk di SINI

Google ads
Back to top button