Artikel Pilihan

BERAPA KOS SERVIS PERODUA ATIVA? MURAH JE, MACAM KANCIL

Setakat yang kami tahu, sebanyak 5000 tempahan telah dibuat bagi SUV terbaru Perodua Ativa dengan penghantaran pertama akan dilakukan pada 4 Mac 2021. Fasiliti pemasangan Perodua berusaha untuk mengeluarkan 3000 unit pada bulan ini bagi menghantar SUV ini pada pelanggan mereka secepat mungkin.

Kami baru sahaja menyemak kos servis Perodua Ativa dan ini adalah kos-kos servis penyelenggaraan Perodua Ativa

1. 10,000KM – untuk servis pertama, ia hanya dilakukan pada kilometer 10,000 yang pertama. Ini menjimatkan masa dan kos pengguna kerana mereka tidak perlu menghantar kereta pada 1000 dan juga 5000km pertama. Ativa menggunakan minyak enjin sintetik penuh 0W-20 sebanyak 3.5 liter dengan kos RM145.60

Pemilik juga perlu menggantikan penapis minyak hitam (RM 11.90) dan drain plug gasket (RM 3.00). Tiada kos upah dikenakan untuk servis pertama menjadikan kos keseluruhan servis ini ialah RM 160.50.

2. 20,000KM– Ativa perlu membayar kos servis servis tambahan termasuklah penapis penyaman udara yang berharga RM 33.50, kos upah RM 61.60 dan SST (RM3.70). Ini menjadikan kos keseluruhan servis kedua ialah RM 259.30. Kos ini adalah sama pada kilometer 60,000KM

3. 30,000KM– pada kilometer ini, kos servis Ativa hampir sama dengan kos 10,000KM pertama dengan tambahan kos upah buruh sebanyak RM39.90 dan SST (RM2.39). Ini menjadikan kos keseluruhan servis Ativa hanyalah RM 202.79 sahaja. Kos ini adalah sama pada kilometer 50,000KM, 70,000KM dan 90,000KM

4. 40,000KM – bila dah masuk 40,000KM kos servis akan menjadi kasar sikit sebab ketika ini Ativa perlu menjalani servis major. Selain menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin, Ativa perlu menukar penapis udara enjin (RM 53.80), 1 liter minyak brek (RM 56.00) dan juga 2 liter cecair penyejuk enjin (RM 103.20)

Selain itu pemilik perlu menukar penapis penyaman udara (RM 33.50), kos upah (RM 90.30) dan SST (RM 5.42). Kos keseluruhan pada major servis ialah RM 423.12 dan kos ini adalah sama pada kilometer 80,000KM

5. 100,000KM – ketika Ativa mencecah perbatuan ini, biasanya kos servis akan bertambah disebabkan pemilik perlu menukar satu set palam pencucuh (3 unit dengan harga RM 471.90) dan cecair hidraulik untuk transmisi D-CVT dengan kos RM 97.50.

Ketika ini juga pemilik disarankan menukar penapis penyaman udara dengan harga RM 33.50, kos upah (RM 70.00) dan SST (RM 4.20) menjadikan kos keseluruhan ialah RM 841.40

6. Tayar – seperti biasa, anda kena cek sendiri tayar di kedai tayar. Varian X datang dengan saiz 205/60 R16 Goodyear Assurance Triple Max 2 manakala varian H dan AV datang dengan saiz 205/60 R17 Bridgestone Turanza. Seperti biasa semakin besar tayar semakin mahal harganya. Anggaran kami adalah antara RM 200 (bagi saiz 16) ke RM 350 (saiz 17) bergantung pada jenama tayar

7. Cukai jalan – disebabkan kereta ini pakai 3 silinder 1000cc sahaja, maka cukai jalan ialah RM 20.00 sahaja setahun. Ala macam Kancil Kelisa Kenari dan Axia je.

Google ads
Back to top button