Buletin

BERITA BAIK, PMX AKAN TELITI MONOPOLI TOUCH ‘N GO!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan mempertimbangkan semula monopoli Touch ‘n Go apabila menyatakan sistem tol berkenaan dilihat tidak menunjukkan kemajuan yang meyakinkan. 

Sedar atau tidak, Touch ‘n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun ia tidak mempunyai perkembangan yang selari dengan kepesatan teknologi semasa.

Menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk melihat semula Touch ‘n Go, Anwar berkata: “saya rasa anda betul. Kita akan menimbangkannya semula,” katanya.

Apa tidaknya, ketika negara lain seperti Indonesia dan Singapura sudah lama melaksanakan sistem tol yang lebih efisien, pengguna lebuh raya di Malaysia masih perlu mengundur kenderaan apabila palang tol gagal berfungsi.

Terbaharu, trafik di tol Bentong tidak bergerak selama sejam kerana sistem bayaran Touch ‘n Go di tol berkenaan rosak. 

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah lama mahukan penyelesaian bayaran tol ini dan pastinya amalan monopoli tidak akan membawa kita ke mana-mana. – Berita Harian

Google ads
Back to top button