
BERJAYA NAFI MAHU BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA
Berjaya Corp Bhd (BCorp) hari ini menafikan bahawa Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Vincent Tan akan terbang ke Jepun awal bulan depan.
Dalam laporan banyak media sebelum ini, Vincent dikatakan bakal menandatangani perjanjian pengedaran dengan Suzuki Motor Corp. untuk menghidupkan semula jenama Suzuki di Malaysia.
Suzuki yang sebelum ini diwakili oleh DRB Hicom telah menutup operasinya pada tahun 2016. Sejak itu, banyak pihak didakwa berminat untuk membawa kembali jenama tersebut ke sini.
“BCorp ingin menjelaskan bahawa berita ini tidak benar sama sekali. Ahli lembaga pengarah BCorp juga tidak tahu mengenai perkara ini,” jelas BCorp dalam satu kenyataan rasmi.
Berita ini pasti mengecewakan ramai peminat yang mahukan Suzuki kembali dijual di sini.
Sumber: TheSunDaily