Motosikal

SUZUKI AKAN BANGUNKAN KATANA YANG LEBIH BERKUASA?

Suzuki Jepun dilapor sedang membangunkan versi ‘R’ Katana yang lebih berkuasa. Model facelift itu didakwa diperkenalkan tidak lama lagi. 

Katana baharu didedahkan kepada umum pada acara EICMA 2018 dan mendapat sambutan hangat daripada kebanyakan peminatnya yang masih ingat kepada model Katana original.  

Menurut laporan media Jepun, model edisi terhad itu dijangka berkongsi komponen Suzuki GSX-R1000R untuk bahagian hadapan, sistem brek yang canggih dan pastinya enjin berkapasiti lebih tinggi.

Tidak ketinggalan, swingarm baharu, winglet, visor besar, lebih ergonomik serta sporty dengan bar hendal clip-on dan fairing hadapan yang rendah. 

Mungkin dikenali sebagai 1135R kerana menggunakan enjin 1135cc Suzuki, ini membolehkannya bersaing dengan superbike terbaik yang ada di luar sana. Pada peringkat ini, imejnya masih dalam bentuk ilustrasi dan media tidak dapat mengesahkan bagaimana rupa bentuknya yang sebenar nanti. 

Apapun, memang satu perkembangan menarik untuk melihat apa yang ingin dilakukan oleh Suzuki ke atas nama Katana yang terkenal sejak tahun 1980-an lagi. 

Untuk makluman, Suzuki telah menghasilkan Katana dengan enjin 550cc, 650cc dan 750cc sejak tahun 1981 hingga 2006.  

Google ads
Back to top button