Artikel Pilihan

FUH SUZUKI JIMNY SETANDING DENGAN AMG G63?

Suzuki Jimny menjadi sebutan peminat kenderaan pacuan empat roda beberapa hari ini apabila Suzuki melancarkan model serba baru Jimny di Indonesia.

Sebenarnya jika diberi pilihan, penulis lebih sukakan Suzuki Swift dengan pilihan enjin 1000cc Turbocharge Boosterjet ataupun versi lama yang dilengkapkan dengan enjin M16 (macam bunyi senapang la) dengan kuasa 136 kuasa kuda dari enjin 1600cc. Kena pulak dengan transmisi manual memang best layan selekoh masa Karak

Namun fokus peminat pada hari ini ialah Suzuki Jimny yang baru dilancar di Indonesia. Enjin yang ditawarkan ialah K15B 1500cc yang datang dengan teknologi DOHC dan juga sistem pemasaan VVT.

Enjin ini menghantar 101 kuasa kuda pada 6000 RPM ( dah teran habis) dan juga 138Nm tork pada 4400RPM. Namun ia bukanlah masalah besar bagi enjin ini kerana berat kasar bagi Jimny ialah sekitar 1085kg.

Enjin ini digandingkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan dan pilihan gear pacuan empat roda (2H, 4H, dan 4L). Jika anda seorang yang malas hendak bermain dengan klac, pilihan gear automatik empat kelajuan juga turut ditawarkan. Ia menawarkan penggunaan petrol sekitar 16.2km per liter petrol.

Panjang keseluruhan Jimny ialah sekitar 3625mm, lebar 1645mm, dan tinggi 1720mm. Jarak kelegaan bumi pula kekal pada 210mm dan bagi pasaran Indonesia semakin tinggi jarak ini, semakin bagus bagi Jimny meredah jalan yang tidak rata.

Jarak antara roda pula ialah 2250mm dan ia hanya mampu memuatkan 4 penumpang pada satu satu masa.

Dari segi binaan cesi, Jimny menggunakan binaan ladder frame yang kukuh dan dipadankan dengan sistem suspensi 3 Link Axle dengan Coil Spring.

Brek di bahagian depan datang dengan cakera brek manakala brek belakang menggunakan brek drum. Rekaan short overhang pada bahagian depan membolehkan ia mendaki laluan curam pada sudut 37 darjah manakala pada pada bahagian belakang membolehkan Jimny menuruni cerun pada sudut 49 darjah.

Satu set rim sukan bersaiz 15 inci dan tayar bersaiz 185/80 digunakan pada Jimny menjadikan ia sedikit comel seperti Simba anak Mufasa

Dari aspek keselamatan Jimny lengkap dengan sistem brek ABS, sistem kawalan cengkaman ESC, sistem kawalan brek menuruni cerun Hill Decent Control, 2 beg udara, poin ISOFIX untuk pemasangan kerusi bayi, kerangka kabin yang diperkukuh, dan juga sistem brek LSD.

Lampu depan pula datang dengan teknologi LED namun mengekalkan bentuk retro bulat. Tambah menarik terdapat satu unit pencuci lampu depan yang menggunakan semburan jet air memberikan pencahayaan yang bagus selepas sesi bermain selut.

Sepasang lampu kabus dengan lampu halogen dipasang pada ruangan bampar yang datang dengan teknologi anti calar.

Walaupun kelihatan seperti kenderaan utiliti untuk askar, fitur dalam Jimny ini boleh dipuji. Sistem audio dengan saiz 6.8 inci disediakan bersama sambungan USB dan sambungan ke telefon pintar.

Unit penyaman udara pula walaupun nampak ringkas namun ia datang dengan kawalan suhu automatik. Roda stering pula menempatkan butang kawalan audio untuk mengakses sistem audio dan juga sistem pemanduan automatik (passive autocruise).

Berbalik pada tajuk artikel, adakah Jimny ini boleh menjadi sehandal Mercedes AMG G63 dengan enjin 4000cc turbo berkembar dengan enjin 8 silinder susunan V?

Enjin ibarat naga yang menghembuskan api melalui hidungnya menghasilkan kuasa 585 kuasa kuda dan 850Nm tork.

Mat Watson dari CarWow menggunakan Jimny mencabar AMG G63 ini di trek “offroad” khas bagi menguji kemampuan Jimny.

Jangan terkejut kerana semua laluan yang mencabar dilalui oleh AMG G63 boleh dilalui oleh Jimny. Jom tonton video ini di bawah.

Google ads
Back to top button