,
Buletin

JENAMA SUZUKI BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA!

Tan Sri Vincent Tan’s, Pemilik Berjaya Group dikatakan akan membawa semua jenama kenderaan Suzuki ke Malaysia.

Menurut akhbar New Straits Time, beliau dikatakan akan terbang ke Jepun bulan depan untuk menandatangani perjanjian dengan Suzuki Motor Corp.

Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki dijangka akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di Ibu Pejabat Suzuki di Hamamatsu di wilayah Shizuoka.

Jenama Suzuki sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia. Suzuki Assemblers, pengeluar motosikal Suzuki adalah antara pengilang Jepun terawal yang memulakan operasi di Malaysia pada 1971.

Kenderaan jenama Suzuki pula bertukar milik beberapa kali daripada Lion Group kepada DRB-Hicom. Pada 2015, Suzuki mengambil keputusan berundur dari pasaran Malaysia.

DRB-Hicom yang memegang hak edaran dan pemasangan ketika itu terpaksa menghentikan operasi syarikat Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd.

Setahun selepas itu, satu lagi kejutan dengan penutupan operasi kilang pemasangan motosikal Suzuki di Prai, Pulau Pinang. Namun, berbeza dengan operasi perniagaan kereta, jenama motosikal Suzuki masih lagi diteruskan namun terhad pada motosikal berkuasa tinggi yang diimport sepenuhnya dari Jepun.

Berita kemasukan semula jenama kereta Suzuki ke Malaysia menerusi Kumpulan Berjaya ini sudah kendengaran sejak kebelakangan ini. BUkan hanya Bwerjaya, malah ada beberapa pihak lain yang berminat dengan jenama Suzuki seperti Sime Darby (yang juga ada FOrd, Hyundai, Porsche, Jaguar & Land Rover)

Mungkin pengalaman Berjaya Group “memulihkan” jenama Mazda menerusi Bermaz Auto Berhad di Malaysia menjadi sandaran. Jika ia jadi kenyataan, Kumpulan Berjaya bakal meluaskan segmen automotifnya.

Kumpulan ini juga memiliki hak jenama H.R Owen, pengedar kenderaan mewah dari UK. Ia meliputi jenama seperti Aston Martin, Audi, BMW/MINI, Bentley, Bugatti, Ferrari, Lamborghini, Lotus, Maserati, Pagani dan Rolls-Royce.

Selain itu Berjaya China Motor Sdn Bhd, merupakan pengedar bagi jenama Chinese Commercial Automotive seperti Jinbei, Changan, Dongfeng Sokon dan Foton Motor Group View di Malaysia.

KREDIT: NST

Tags
Google ads
Back to top button