Modifikasi

SUZUKI SWIFT DENGAN ENJIN EVO X!

Setakat mana “kegilaan” modifikasi Suzuki Swift yang pernah anda jumpa? Ini salah satu contoh gila yang tular di laman media sosial minggu lalu, ssebuah Suzuki Swift yang telah dibina untuk perlumbaan rali dengan spesifikasi penuh.

Ia dibina oleh sebuah syarikat dari Poland Dytco Sport yang menampilkan Suzuki Swift dengan enjin Evo X 4B11T. Modifikasi bukan sahaja pada enjin dan transmisi, malah sistem pacuan empat roda, keseluruhan kerangka dan badan aerodinamik.

Dan kerjanya sangat kemas!

Enjin Evo X 2.0 liter turbo empat selinder ini dalam keadaan asal mampu menghasilkan 291 kuasa kuda dan ia menggerakkan chasis sedan Lancer seberat 1.5 tan.

Bayangkan nisbah kuasa kepada berat pada Swift yang rata-rata kurang dari 1 tan.

Memang power!

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button