Artikel Pilihan

BEST KE ADA PANAROMIC ROOF? KE POYO JE…

Panaromic sunroof atau moonroof adalah panel kaca yang dipasang di bahagian atas bumbung kenderaan yang menggantikan bumbung yang dihasilkan daripada aloi atau keluli. Ia biasanya direka dari bahagian depan kabin ke belakang kabin bagi membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam kabin

Berbeza dengan sunroof biasa yang biasa dipasang untuk bahagian depan sahaja, panaromic sunroof adalah jauh lebih besar dan panjang. Bagi mengurangkan cahaya matahari yang masuk ke dalam kabin, panaromic sunroof akan diberikan ciri tirai (curtain) yang boleh dibuka atau ditutup ATAU ciri elektrokromik yang cermin boleh menjadi telap cahaya

Paling menarik ialah panaromic sunroof juga boleh dibuka sepenuhnya dengan bantuan motor elektrik dan sistem mekanikal yang agak kompleks bagi membenarkan udara segar masuk ke dalam kabin, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan

Ciri panaromic sunroof ini menjadi semakin popular bagi kebanyakan SUV/crossover atau sedan mewah terutama dari jenama Continental dan juga China bagi menarik perhatian pembeli. Bagi sesetengah pembeli, ciri ini melambangkan kemewahan dan nilai yang dibayar bagi kereta yang dibeli.

Google ads
"
"
Back to top button