Buletin

HONDA TAWAR PROMOSI SEMPENA HARI RAYA, DISKAUN SEHINGGA RM15K!

Honda Malaysia kini menawarkan promosi istimewa ‘Bonus Raya Raya Sangat Best’ sepanjang bulan Mac 2025, dengan diskaun sehingga RM15,000.

Pelanggan boleh memilih antara model tahun 2024 atau stok terbaru 2025, kedua-duanya dengan potongan harga menarik.

Diskaun untuk Model Tahun 2024:

  • City Sedan: RM6,000 untuk semua varian.
  • City Hatchback: RM15,000 untuk varian S, RM8,000 untuk E, dan RM6,000 untuk V, RS, serta RS Hybrid.
  • WR-V: RM10,000 untuk varian S, dan RM8,000 untuk varian lain.
  • HR-V: RM15,000 untuk varian E turbo, manakala S dan RS Hybrid menerima diskaun RM10,000.
  • CR-V: RM10,000 untuk varian S, dan RM8,000 untuk varian lain.

Diskaun untuk Model Tahun 2025:

  • City Sedan: RM2,000 untuk varian S, RM5,000 untuk RS Hybrid, dan RM8,000 untuk E, V, serta RS.
  • City Hatchback: RM1,000 untuk varian S, RM3,000 untuk E dan RS Hybrid, serta RM6,000 untuk V dan RS.
  • WR-V: RM1,000 untuk varian S dan E, serta RM6,000 untuk V dan RS.
  • HR-V: RM6,000 untuk semua varian, kecuali V yang mendapat RM8,000.
  • CR-V: RM1,000 untuk varian S, RM4,000 untuk RS Hybrid, dan RM8,000 untuk E dan V.
  • Civic Facelift: Diskaun RM5,000 untuk semua varian.

Promosi ini sah untuk pendaftaran kenderaan sehingga 31 Mac 2025. Bagi mereka yang berhasrat memiliki Honda baharu, inilah masa yang tepat untuk merebut peluang ini.

Google ads
"
"
Back to top button