Artikel Pilihan

BETUL KE KERETA LAMA LEBIH KUAT BERBANDING KERETA BARU?

Kalau anda bersembang dengan mambang automotif, antara topik panas yang sering menjadi perdebatan ialah “kereta lama dibina dengan besi yang lebih tebal, kalau kemalangan lebih selamat berbanding dengan kereta baru”. Ditambah dengan saiz kereta lama yang lebih besar dan panel besi yang lebih tebal, kenyataan ini nampak seperti meyakinkan

Dalam satu video klasik yang dihasilkan oleh rancangan permotoran Fifth Gear pada tahun 2009, mereka membandingkan kesan perlanggaran antara Volvo 940 Wagon yang lebih besar dengan sebuah kereta kompak moden iaitu Renault Modus yang telah diuji dan dianugerahkan dengan 5 bintang NCAP

Namun Volvo 940 Wagon merupakan jenama yang sinonim dengan aspek keselamatan, dibina dengan keras bagaikan batu. Dari segi logik, bagaimana sebuah kereta kompak Renault Modus mampu bertahan dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang lebih besar dan berat seperti Volvo 940. Dalam ujian yang dibuat, kemalangan antara Modus dan 940 akan berlaku pada halaju 64km/j.

Kedua-dua kereta akan diletakkan dengan patung keselamatan yang akan mengambil data kemalangan bagi merekod sebarang kecederaan yang mungkin berlaku, sekiranya ia melibatkan manusia. Mereka mendapati rekaan Renault Modus yang dibina dengan high strength steel mampun menyebarkan inpak kemalangan ke bahagian sisi cesi menawarkan perlindungan yang lebih baik berbanding dengan Volvo 940

Dalam satu lagi rancangan Fifth Gear, mereka menguji Renault Espace generasi kedua dengan Renault Espace generasi ke empat dalam satu ujian perlanggaran bagi menguji kekuatan kereta model lama dan model baru. Ia dilakukan bagi menguji tahap keselamatan kereta lama dan baru dari pengeluar yang sama dan model yang sama.

Dalam ujian kedua ini Renault Espace yang terbaru akan melanggar Renault Espace versi lama pada halaju sekitar 56km/j. Berdasarkan keputusan ujian kemalangan menunjukkan struktur asas Renault Espace kedua bermula dari tiang A telah ranap sepenuhnya dan pintu gagal dibuka bagi tujuan operasi menyelamat

Data dari patung ujian menunjukkan ia telah terdedah kepada 64G semasa kemalangan (1G=9.81m/s) yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman pada bahagian organ. Bahagian kaki pula telah dihimpit dengan struktur tayar depan dan mengalami kepatahan kepada beberapa bahagian. Besar keumungkinan jika ia berlaku pada situasi sebenar, pemandu tidak akan selamat.

Ini pesanan ikhlas dari kami, sekiranya anda mampu dan ada rezeki yang lebih, pastikan anda memilih untuk membeli kereta yang lebih selamat dan lebih baru sewaktu membeli kenderaan. Faktor seperti bilangan beg udara, rekaan cesi, sistem kestabilan elektronik, brek AEB dan pelbagai fungsi keselamatan lain merupakan faktor yang akan menyumbang kepada keselamatan anda di jalan raya

NHTSA juga melaporkan ” peratusan untuk pemandu dan penumpang mengalami kecederaan dan kematian semakin meningkat dengan peningkatan usia kenderaan yang terlibat”. Antara rumusan yang dibuat ialah kereta lama memiliki risiko 2 kali ganda untuk kecederaan maut jika anda berada dalam kereta lam berbanding dengan kereta baru

Google ads
Back to top button