Buletin

BFGOODRICH TAWAR 2 RANGKAIAN TAYAR BAHARU

Jenama tayar terkenal Amerika Syarikat, BFGoodrich hari ini memperkenalkan dua rangkaian tayar terbaharunya, BFGoodrich Advantage T/A Drive, T/A SUV dan BFGoodrich All-Terrain T/A KO2.

BFGoodrich-tyre-Michelin-Malaysia-mekanika (2)

Untuk makluman anda, Michelin mengambil alih alih jenama BFGoodrich pada tahun 1988. Memiliki pengalaman selama 120 tahun, BFGoodrich sebelum ini pernah berada di pasaran Malaysia sehingga tahun 2003. Namun, disebabkan oleh beberapa isu global, jenama ini menghilang buat sementara waktu.

Diedarkan oleh Michelin Malaysia, BFGoodrich kini kembali menawarkan tayar yang mengambil kira kepentingan pemandu. Sebagai permulaan, BFGoodrich menyediakan dua rangkaian tayar kepada pengguna.

BFGoodrich-tyre-Michelin-Malaysia-mekanika (3)

Tayar untuk jalan raya biasa iaitu BFGoodrich Advantage T/A Drive menjanjikan menjanjikan cengkaman lebih baik, tahan lasak dan menjimatkan. BFGoodrich Advantage T/A Drive turut menawarkan tayar untuk kegunaan kenderaan SUV.

Boleh didapati dalam saiz 13 hingga 18 inci, tayar-tayar itu ditawarkan pada harga bermula RM100 hingga RM550 sebuah. Dengan harga cukup kompetitif, tayar yang dihasilkan di kilang Michelin di Thailand ini pasti dapat memenuhi keperluan anda.

BFGoodrich-tyre-Michelin-Malaysia-mekanika (7)

Dibina berasaskan kepada kecemerlangan dalam pertandingan lasak Baja di Amerika Syarikat, tayar  BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 merupakan tayar konsumer pertama yang menggunakan teknologi CoreGard. Teknologi itu memberikan ketahanan luar biasa pada bahagian dinding tayar supaya ia tidak mudah pecah atau terkoyak.

Berbanding model KO sebelum ini, tayar KO2 dikatakan 20 peratus lebih kukuh untuk digunakan di laluan off-road yang mencabar. Bukan itu sahaja, KO2 juga dua kali tahan lebih lama serta menawarkan sepuluh peratus cengkaman berbanding tayar sebelumnya.

BFGoodrich-tyre-Michelin-Malaysia-mekanika (5)

KO2 boleh anda miliki pada harga bermula RM1,000 seunit. Saiz yang ada ialah 15 hingga 18 inci.

Semua tayar BFGoodrich sudah boleh didapati di rangkaian TYREPLUS atau mana-mana cawangan kedai tayar Michelin sejak Mac lalu.

BFGoodrich-tyre-Michelin-Malaysia-mekanika (8)

“BFGoodrich mensasarkan kelompok pengguna yang mahukan lebih nilai dan tahu tentang keistimewaan jenama tayar ini. Selepas ini, kami akan fokus untuk menawarkan tayar bagi industri bas dan trak pula,” kata Pengarah Pemasaran Michelin Malaysia, Putu Yudha.

Google ads
Back to top button