
BHPETROL RAI PEMENANG PERADUAN BHPETROL ‘PERADUAN PAM & BELI, SYOKNYA MENANG!’
Bandar Seri Botani, Ipoh Perak, 16 November 2024: Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi peraduan BHPetrol ‘Peraduan Pam & Beli, Syoknya Menang!’ di BHPetrol Bandar Seri Botani, Ipoh Perak, hari ini.
Peraduan yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2024 di stesen-stesen BHPetrol yang terlibat telah memberi ganjaran kepada 40 pemenang dari seluruh Semenanjung Malaysia. 10 pemenang memenangi hadiah utama berupa RM5,000 Tunai dan RM4,800 Kad Petrol setiap pemenang, 10 pemenang hadiah kedua berupa RM3,000 Tunai dan RM4,800 Kad Petrol setiap pemenang, dan 20 pemenang lain memenangi hadiah ketiga berupa Baucar BHPetrol bernilai RM3,000 setiap pemenang.
Senarai penuh pemenang juga akan diumumkan di laman web rasmi BHPetrol.
Sepanjang tempoh promosi, setiap pelanggan BHPetrol yang membelanjakan nilai minimum RM40 bagi setiap transaksi untuk produk minyak atau produk barangan runcit secara automatik layak untuk menyertai peraduan ini. Keistimewaan khas diberikan kepada ahli eCard BHPetrol di mana setiap penyertaan mereka dikira dua kali ganda berbanding dengan peserta bukan ahli yang menyertai melalui borang Kod QR.

‘Kami terharu dengan sambutan yang baik dan penyertaan yang tinggi dalam peraduan. Tawaran menarik kami berjaya menarik ramai pelanggan baharu serta pelanggan setia kami untuk mengunjungi BHPetrol. Kami berharap hadiah yang dimenangi akan memberi kegunaan kepada para pemenang dalam keperluan harian mereka.” kata Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol.
Semasa acara tersebut, BHPetrol turut mengumumkan peraduan terbarunya “Peraduan Belanja Hingga Puas” yang sedang berlangsung dari 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024, dengan hadiah istimewa untuk ahli eCard BHPetrol untuk merebut peluang memenangi jumlah hadiah tunai sebanyak RM200,000. Selama 8 minggu, RM5,000 tunai akan diberikan kepada 5 pemenang mingguan setiap minggu. Untuk menyertai, pembelian minimum RM40 produk petrol (RON95 atau RON97) diperlukan di stesen-stesen BHPetrol.
Senarai Pemenang, “Peraduan Pam & Beli, Syoknya Menang!” adalah seperti berikut
Hadiah Pertama: Wang Tunai RM5,000 & Kad Petrol Percuma

1 Sukri bin Mohamed Said
2 Mohamed Rafiq
3 Samsul bin Alias
4 Ng Poh Chen
5 Hor Jaan Hoong
6 Leong Sing Kein
7 Amirul Azwan bin Hamzah
8 Nazri bin Ariffin
9 Leong Kar Ngah
10 Phang Lee Hsien
Hadiah Kedua: Wang Tunai RM3,000 & Kad Petrol Percuma
1 Norhiyati Muhamad Noor
2 Marcus A/L M Robert Dass
3 Nur Zatty Aqmar binti Masngut @ Masod
4 Najmi bin Yaakub
5 Izzati binti Zulkurnanin
6 Muhammad Arif Firdaus bin Paiman
7 Nur Intan Haslina binti Mohd Aris
8 Shahrun Nazmi bin Mohd Jamri
9 Mohd Zakuan bin Abdul Jalil
10 Anizah bt Tumiran

Hadiah Ketiga: Baucar BHPetrol RM3,000
1 Mizwan bin Buang
2 Noor Efendee bin Hj Mokhtar
3 Rohaya binti Wahab
4 Mohamad Faiz bin Mustapha
5 Abu Mansor Kamis
6 Yap Chee Wei
7 Mohd Firdaus bin Tumiran
8 Siti Aisyah Ramlee
9 Low Sau Kuen
10 Al Harith Emas
11 Aziz bin Sipit
12 Chiah Check Tong
13 Huzaini bin Husin
14 Laina Sofia binti Muhamad
15 Mohd Shukri Abu Bakar
16 Muhammad Nur Arief Asyraf bin Husein
17 Naqiuddin Najmi Zulkifli
18 Nur Idayu binti Selleh
19 Syazreezal
20 Zalina