Buletin

HONDA JEPUN UMUM HARGA AKSESORI CIVIC TYPE R

Honda baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan untuk pelbagai aksesori yang ditawarkan untuk Civic Type R FL5 di pasaran Jepun.

Salah satu perkara yang menarik perhatian adalah sayap belakang yang diperbuat daripada bahan gentian karbon dengan penampilan yang lebih agresif, lebih ringan dan mampu menghasilkan lebih banyak daya turun berbanding spoiler standard.

Ia juga merangkap komponen yang paling mahal, dengan harga jualan bermula dari 275,000 yen (RM8,660).

Perumah cermin sisi berwarna merah itu pula berharga 15,400 yen (RM485).

Untuk ruang kabin pula, terdapat pelbagai aksesori seperti set lampu lopak (38,500 yen/RM1,212), konsol tengah gentian karbon/poliester merah (47,300 yen/RM1,489), panel pintu gentian karbon/poliester merah (56,100 yen/RM1,767), alas lantai (66,000 yen/RM2,078), kemasan ambang pintu bercahaya (30,800 yen/RM970), konsol tengah dan pemegang cawan bercahaya (22,000 yen/RM693), pencahayaan poket pintu dan pemegang pintu (14,300 yen/RM450), pencahayaan ruang kaki (17,600 yen/RM554), tombol gear kulit merah (20,350 yen/RM641), alas lantai semua musim (13,200 yen/RM416) dan dulang kargo (14,300 yen/RM450).

Pembeli juga boleh mendapatkan pengecasan peranti pintar tanpa wayar berharga 22,000 yen (RM693), filem perlindungan untuk pelbagai komponen luaran, dan lampu untuk pintu tailgate berharga 11,000 yen (RM346).

Kesemua aksesori ini akan ditawarkan secara rasmi di semua cawangan Honda Access di seluruh Jepun.

Google ads
Back to top button