Buletin

BIMS 2023: HONDA XL750 TRANSALP, ENJIN 755 CC, 90.5 HP, 75 NM, LIMA MOD TUNGGANGAN

Sebuah model adventure touring saiz pertengahan, Honda XL750 Transalp 2023 telah diperlihatkan buat kali pertama di acara Bangkok International Motor Show.

Berkongsi platform dengan model Hornet, Transalp ini didatangkan dengan enjin parallel-twin 755 cc yang boleh menghasilkan kuasa 90.5 hp dan daya kilas 75 Nm.

Sistem transmisi adalah jenis enam kelajuan yang dibantu dengan klac assist & slipper.

Menyumbang kepada pengendalian ialah sistem suspensi yang terdiri daripada fork hadapan Showa 43 mm, diikuti penyerap hentak tunggal Showa pada bahagian belakang.

Transalp ini turut didatangkan dengan skrin paparan bersaiz lima inci berwarna penuh dan boleh disambungkan kepada peranti pintar.

Ciri bantuan elektronik yang dimuatkan termasuklah sistem ride-by-wire, Engine Brake Control, Traction Control, Wheelie Control, ABS off-road, serta lima mod tunggangan (Sport, Standard, Rain, Gravel & User).

Difahamkan, harga jualan Honda XL750 Transalp ini akan diumumkan pada bulan lapan nanti.

Google ads
Back to top button