
BIMS 2023: HONDA HORNET CB750, 4 MODE TUNGGANGAN, 90.5HP, BERMULA RM41K
Honda Thailand secara rasmi melancarkan Honda CB750 Hornet 2023 di Bangkok International Motor Show 2023.
Bergaya agresif, CB750 Hornet mempunyai penampilan luaran yang direka oleh pusat R&D Honda di Roma.
Seberat 190kg, Honda CB750 dilengkapi suspensi hadapan daripada Showa, fork piston besar USD 41mm yang menawarkan jarak pergerakan 130mm. Manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Showa dengan jarak pergerakan pada 190mm.

Sistem brek pula terdiri daripada set cakera 296mm berkembar bersama angkup Nissin empat piston di hadapan dan cakera 240mm tunggal dengan angkup satu piston di belakang.
Honda Hornet CB750 menggunakan unit lampu LED, tangki bahan api 15.2 liter, rim 17 inci dengan tayar bersaiz 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang, ABS dua saluran serta lampu penunjuk arah mati sendiri.
Menggunakan Throttle By wire, Honda CB750 Hornet mempunyai empat mod menunggang iaitu Rain, Standard, Sport dan User.

Semua mod tunggangan itu berfungsi mengubah karekteristik enjin bukan sahaja dari segi kawalan kuasa dan tork, malah nyahpecutan, di mana pelarasan brek enjin disepadukan ke dalam setiap mod.
Penunggang boleh melihat semua fungsi motosikal melalui skrin TFT warna penuh bersaiz lima inci dan paparan skrin tersebut boleh ditukar menerusi empat pilihan tersedia.
Turut tersedia ialah ketersambungan sistem Honda Smartphone Voice Control serta aplikasi Honda RoadSync.

Honda CB750 Hornet dikuasakan oleh enjin parallel twin 755cc yang mampu menghasilkan 90.5hp dan tork 75Nm. Statistik penggunaan bahan api adalah 23km/liter dengan setangki penuh boleh mencapai jarak sehingga 340km.
Di pasaran Thailand, Honda CB750 Hornet 2023 boleh dibeli pada harga bermula RM41,455 seunit.
- BACA: HONDA PATEN SISTEM PENGESANAN KEMALANGAN PENUNGGANG MOTOSIKAL
- BACA: HONDA KEKAL JENAMA MOTOSIKAL NO.1 DI THAILAND 34 TAHUN BERTURUT-TURUT. CATAT JUALAN 1.38 JUTA UNIT PADA 2022
- BACA: HONDA BINA STESEN PENUKARAN BATERI MOTOSIKAL ELEKTRIK DI TOKYO
- BACA: HONDA MAHU PERKENAL 10 MOTOSIKAL ELEKTRIK, MOTOR BESAR PUN ADA!
GALERI








