HONDA PATEN SISTEM PENGESANAN KEMALANGAN PENUNGGANG MOTOSIKAL
HONDA baru-baru ini memfailkan paten untuk sistem pengesanan kemalangan yang bukan sahaja memberi amaran jika berlaku pelanggaran, malah mengesan sama ada penunggang sedarkan diri atau tidak.
Sistem tersebut menggunakan ECU motosikal, telefon penunggang serta set kepala Bluetooth untuk ‘mengesan’ kecederaan serius.
Sistem itu kemudian menggabungkan data daripada set kepala Bluetooth untuk mengenal pasti sekiranya penunggang memerlukan bantuan dan membuat panggilan yang sesuai.
Kelebihan lain sistem pengesanan kemalangan ini adalah ia boleh mengesan sama ada motosikal berada di posisi tegak atau terbaring di sisinya.
Pengesanan ini penting untuk tindakan selanjutnya, panggilan kepada ambulans tidak akan dibuat sekiranya penunggang menjatuhkan motosikal sebelum menunggang.
Setiap kali sistem baharu direncanakan, pastinya ada seribu satu persoalan tentang kebolehpercayaan. Dalam konteks sistem pengesanan kemalangan ini, pertanyaan penting ialah adakah ia masih berfungsi apabila set kepala Bluetooth tidak digunakan?
Persoalan seterusnya, bolehkah sistem ini hanya bergantung pada data daripada telefon pintar untuk membantu memahami keadaan penunggang?
Buat masa ini kita hanya perlu menunggu kemas kini selanjutnya dari Honda kerana sistem itu masih berada fasa pembangunan dan ujian.
- BACA: HONDA CIPTA SISTEM PENJANAAN TENAGA BAHARU, BAKAL DIGUNAKAN DI BULAN
- BACA: 1.7 JUTA KENDERAAN HONDA DALAM SIASATAN. ADA INSIDEN SISTEM BREK KECEMASAN
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK
- BACA: TOYOTA, HONDA KOLABORASI HASILKAN SISTEM JANA KUASA MUDAH ALIH