Buletin

CJPT KERJASAMA BERSAMA TOYOTA THAILAND – PERKENALKAN KENDERAAN KOMERSIAL UNTUK PELBAGAI SEKTOR

Commercial Japan Partnership Technologies Corporation (CJPT) bakal mengadakan program pandu uji bersama Toyota Motor Thailand dalam usaha memperkenalkan kenderaan komersial untuk pelbagai tujuan terutamanya buat pegawai kerajaan, media, syarikat pengangkutan serta rakan kongsi.

Sejak ditubuhkan pada April 2021, CJPT berusaha mempercepatkan pelaksanaan dan mempopularkan teknologi CASE bagi menyelesaikan cabaran pengangkutan seterusnya mencapai karbon neutral.

CJPT turut bekerjasama dengan Charoen Pokphand Group (CP) serta menyasar untuk mengembangkan lagi perkongsian di Asia termasuk dalam bidang bekalan tenaga dan penyelesaian mobiliti.

Oleh itu, adalah penting menyediakan pelbagai mobiliti, lebih-lebih lagi di setiap negara yang bergantung pada tenaga berbeza.

Sehingga hari ini, ada beberapa tawaran disediakan di pasaran. Antaranya kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri dan sel bahan api EV.

Presiden CJPT, Hiroki Nakajima berkata, “Kami ingin menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk di Asia dengan pelbagai penggunaan bahan api yang rendah seperti van ICE kecil (Kei), kenderaan elektrik hibrid, EV dan kenderaan sel bahan api EV.”

Bermula di Thailand, CJPT akan terus berusaha untuk menggunakan teknologi penyahkarbon ke pasaran Asia bagi mengintegrasikan pengetahuan mereka. Di samping menjalin kerjasama lebih erat dengan pihak berkepentingan demi meningkatkan tahap kehidupan orang ramai di Asia.

Google ads
Back to top button