Motosikal

PIAGGIO LIBERTY 2016

Selepas  kejayaan 18 tahun dengan jumlah jualan mencecah 900,000 unit, Piaggio Liberty kini menerima beberapa  peningkatan bagi versi 2016.

piaggio-liberty-2016-mekanika (1)

Pengeluar model Itali itu juga menyemak semula rekaan Liberty secara terperinci dari segi casis dan rangka.  Pada masa sama masih mengekalkan gayaan popular model tersebut.

Berat jentera masih kekal sama. Ini bagi memudahkan pengendalian jentera, sama ada ketika bergerak mahupun berhenti. Ini pasti memberi kelebihan kepada penunggang wanita.

piaggio-liberty-2016-mekanika (7)

Piaggio Liberty kini didatangkan dengan meter digital dan lampu LED.  Ruang meletak barang di bawah pelana juga lebih luas iaitu 17 liter. Peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding sebelumnya.

Pihak Piaggio menawarkan lebih banyak ruang pada bahagian platform yang membuatkannya kini lebih mesra pengguna.

piaggio-liberty-2016-mekanika (3)

Rim bahagian depan kini lebih besar iaitu 16 inci.

Dari segi janaan kuasa, ia dilengkapi dengan enjin iGet generasi baharu dengan sistem pancitan bahan api.

piaggio-liberty-2016-mekanika (8)

Liberty didatangkan dengan tiga pilihan enjin iaitu 50cc, 125cc dan 150cc. Liberty 50cc satu silinder SOHC menghasilkan kuasa 4.6hp dan tork 3.1Nm.

Liberty 125cc satu silinder  SOHC pula menghasilkan tenaga 10 peratus lebih besar, 10.7hp. Sementara  enjin 155cc mampu menghasilkan kuasa mencecah 12.9hp.

piaggio-liberty-2016-mekanika (6)

Piaggio menawarkan Liberty 125cc dan 150cc dengan ciri keselamatan ABS sebagai standard. Selepas pengenalan di EICMA, Milan, Piaggio akan terus memasarkan skuter ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button