Buletin

BMW – BIODIESEL B10 TIDAK SESUAI

Tidak lama selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan implementasi bahan api biodiesel B10 mulai Oktober depan, BMW Group Malaysia tampil membuat kenyataan.

BMW-Group-Malaysia-biodiesel-B10-mekanika (1)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Harris menyatakan pihak kementerian perlu mengambil kira maklum balas dan pandangan para pemain industri automotif tempatan sebelum melaksanakan penggunaan bahan api tersebut.

Berdasarkan kepada ujian biodiesel B10 yang dijalankan di seluruh dunia, BMW mendapati wujud ‘cabaran dari segi teknikal’ apabila 10 peratus methyl ester dicampur dengan bahan api konvensional.

BMW-Group-Malaysia-biodiesel-B10-mekanika (6)

Ujian mendapati Fatty-Acid Methyl Ester (FAME) yang menggelegak akibat suhu tinggi akan bergerak masuk ke dalam minyak enjin. Ini menyebabkan minyak enjin menjadi nipis kerana ia tidak meruap apabila enjin beroperasi pada suhu yang tinggi.

Keadaan tersebut mengakibatkan berlakunya mendapan, minyak enjin menjadi kurang likat dan enjin berdepan risiko mengalami kerosakan serius.

BMW-Group-Malaysia-biodiesel-B10-mekanika (3)

“Ujian kami mendapati wujud pembentukan filem-filem deposit pada pemancit bahan api berikutan aditif yang tidak sesuai dengan FAME. Lapisan polimer pada pemancit juga boleh menyebabkan kitaran melahu menjadi tidak stabil, menghasilkan emisi negatif dan boleh mengubah bunyi enjin,” kata Harris.

Bidiesel B10 juga mempunyai kandungan air lebih tinggi yang boleh menyebabkan komponen kereta berkarat dan akan membawa kepada masalah-masalah lain. Menurut BMW Group Malaysia, enjin diesel moden yang ada di Malaysia sekarang sesuai menggunakan bahan api biodiesel B7.

Pendek kata, apa jua teknologi ingin diperkenalkan, ia haruslah selamat dan terbukti bagus agar dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button