Modifikasi

TOYOTA MARK X SQ

Saya pernah melawati premis ini di Klang, melihat kerja tangan sebuah Toyota Altezza yang dipasang dengan sistem SQ.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (5)

Sehingga hari ini, saya masih teringatkan kereta tersebut yang merupakan antara sistem dengan kualiti bunyi yang terbaik pernah saya dengar. Staging nya mengagumkan, kejelasan, ritma ‘garing’ pada vokal dan kedalaman bass yang cepat berlegar di atas papan pemuka tidak mudah saya lupakan.

Sistem SQ adalah tentang kualiti bunyi. Amat subjektif untuk menilai tahap mana yang boleh dikategorikan sebagai ‘puas’ atau ‘terbaik’, ‘paling baik’ atau ‘biasa-biasa’ sahaja. Sebab itu juga pertandingan audio kategori SQ selalunya menimbulkan perdebatan dan juri yang dilantik bukanlah calang-calang orang.  

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (8)

Mereka perlu menjalani kursus yang rumit serta memiliki kelayakan khusus untuk layak menjadi juri. Baik EMMA, IASCA atau mana-mana persatuan audio di dunia, mereka memiliki kriteria yang berbeza dalam menilai kualiti audio. Tidak ada mekanisme khusus, malah peningkatan kualiti penghakiman terus berubah setiap tahun.

Serumit mana untuk membuat SQ untuk pertandingan? Lazimnya kereta-kereta begini dibuat atas dasar suka-suka kerana minat. Namun, pada zaman perkembangan sistem audio yang kian meluas, orang mula menjadikan hobi lebih serius.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (10)

Toyota Mark X ini adalah contoh sebuah kereta sedan yang mempunyai platform terbaik.  Pembinaan sistem kereta ini dibuat pada landasan yang betul. Stereo untuk sistem pasif dan nisbah 5.1 kepada bunyi keseluruhan.

Kedua-duanya digabung bagi membentuk satu sistem yang terbukti cemerlang dan menang banyak trofi. Antaranya, pertandingan EMMA Asia yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (13)

Mengetuai sistem itu ialah pemain Pioneer AVH-P7950DVD. Pemain tersebut merupakan unit 1 DIN dengan monitor jenis motorized yang kemas buatannya. Ia antara generasi faceplate dengan kemasan aluminium yang kelihatan ringkas tetapi elegan.

Hakikatnya, DIN yang dipasangkan pada konsol hanyalah sebagai pusat kawalan utama. Manakala  pemproses sebenar ialah jenis unit ‘hide-away’ yang lazimnya dipasang di bawah tempat duduk penumpang.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (9)

Unit pemproses AVH dipasang di bahagian but belakang bersama aksesori lain. Turut sama ialah sebuah sub Audio System HX12 Phase yang mendapat bekalan kuasa daripada amplifire Mosconi AS200.2 2 way.

Cukup? Sebelum saya jawab, elok sekiranya saya beritahu anda bahawa keluaran kuasa power amp kompak ini ialah sebanyak 1000watt RMS pada 2 ohm! Ini bukan main-main!

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (14)

Pola pembahagian bunyi mid dan vokal sistem kereta ini melalui dua sistem berasingan iaitu aktif 5.1 channel dan unit pasif stereo. Susunan speakernya dibuat dengan penggunaan set yang sama.

Di hadapan, pemasangan 2 way yang melibatkan unit speaker dan tweeter HX165 Dust MKII yang sebenarnya direka untuk sistem pasif (dengan crossover). Tetapi dengan kemampuan pemproses AVH tadi, ia disalurkan kepada kuasa individu.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (16)

Pengagihan bunyi tengah pula dibuat dengan pemasangan secara custom unit Audio System HX-130 Dust. Unit ini datang bersama sebuah tweeter yang turut dipasangkan  selari dengan midbass 4 inci tadi. Ia kemudian dikuasakan oleh power amplifire Mosconi AS65.2 dengan kekuatan 210watt RMS pada 4 ohm.

Kaedah bunyi keliling yang digunakan tidak hanya bergantung kepada bunyi ‘hidup’ dari setting hadapan sahaja. Yakin dengan kemampuan Audio System, sepasang komponen HX165 Dust MKII dipasangkan di atas papan speaker belakang tetapi kaedahnya berbeza dengan menjadikan gugusan di belakang sebagai sistem pasif dengan amp AS65.2 sebagai punca kuasa.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (20)

Teori saya, ia mungkin berkaitan dengan kemampuan pemproses yang terhad kepada sistem aktif di depan. Jika semuanya dipeta untuk menjadi sistem aktif, besar rombakan yang perlu dibuat. Saya kira hanya ODR yang mampu melakukan tugas tersebut. Itu bermaksud pertambahan sekurang-kurangnya 30 peratus lagi belanja yang diperlukan.

Dengan talaan yang betul, sistem gabungan ini mampu memberi impak yang besar. Mengambil kira tunjang sistem asal ialah aktif dengan 5.1 channel (terima kasih pada centre speaker!) sistem Mark X ini setanding dengan mana-mana SQ yang memiliki jajaran masa dan pemproses individu sekunder yang lain.

Toyota-Mark-X-SQ-Mosconi-mekanika (11)

Bercerita tentang teknikal pastinya lebih memeningkan kepala. Realitinya, peningkatan sistem audio begini ialah kejayaan sejumlah peralatan berkualiti tinggi buatan Itali dan Jerman yang digabungkan dengan pemain Jepun bersama sebuah sedan premium Jepun.

Hasilnya memang gilalah!!!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button